Thursday, December 30, 2010






Sejarah tercipta



DETIK KERAMAT...Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.
MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.
Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.

Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.
Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.
Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.

Wednesday, December 22, 2010

BIRO SUKAN

PERKARA

FUTSAL MOUSON CUP

TARKH
25hb. Dis. 2010 (SABTU)

MASA
8 pagi HINGGA 6 petang

TEMPAT
PADANG SURAU AL-HADDED PERUMAHAN PERWAJA

KELAYAKAN PENYERTAAN
SEMUA ANAK AHLI KELAB
BERUMUR 6 TAHUN KE ATAS
BERUMUR 16 TAHUN KE BAWAH
MENGIKUT KETENTUAN URUSETIA YANG AKAN MENENTUKAN KUMPULAN
LELAKI SAHAJA

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN SEMUA AJK KESUREP

BIRO AGAMA

PERKARA

KACAU SURA (BUBUR AL-SYURA)

TARIKH
24hb. Dis. 2O10 (JUMAAT)

MASA
8 pagi

TEMPAT
SURAU AL-HADDED (PERUMAHAN PERWAJA)

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Wednesday, December 1, 2010

BASIKAL INI BOLEH JOINT MTB TAK?



Saya banyak habiskan wang untuk jayakan misi basikal MTB ini. Kalau tidak boleh joint kepunanlah jawabnya.

Monday, November 29, 2010

BIRO SUKAN

KEJOHANAN BOWLING

TARIKH : 10hb. Dis. 2010
TEMPAT : PARKSON, KUANTAN.
MASA : 2:30 ptg - 7:00 mlm

Sila hubungi AJK KESUREP

Sunday, November 14, 2010

BIRO SUKAN

KEJOHANAN BADMINTON DAN PING PONG

TARIKH : 26hb. & 27hb. NOV. 2010 JUMAAT & SABTU
MASA : 8 pagi Hingga 12 malam
TEMPAT : DEWAN RAKAN MUDA MAK LAGAM

SEGALA PERTANYAAN BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN AJK KESUREP

Sunday, October 24, 2010



Piranha gergasi berjaya dipancing

LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.
Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain.
IKAN spesies piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters.

WADE berhati-hati ketika bergambar dengan ikan harimau gergasi yang ditangkapnya.

Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya

Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki.

Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.

Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman.

“Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade.

Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya.

Saturday, October 23, 2010

QURBAN & AQIQAH


Diperlawa kepada semua ahli kelab untuk sama-sama menyertai program Qurban dan Aqiqah di Surau Al Hadeed Taman Perumahan Perwaja. Segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan semua AJK kelab KESUREP.

Tuesday, October 12, 2010

XPDC MOTORSIKAL KE LA HOT SPRING BESUT 8 & 9 OKT 2010

Terima kasih kepada semua AJK KESUREP, Marshall dan peserta. Tidak ketinggalan juga pihak Polis Bantuan, Pihak KOOP dan mana-mana pihak yang terbabit secara individu dan syarikat yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan XPDC 2010 kali ini. Alhamdulillah 110 buah motorsikal telah didaftarkan sebagai menyahut seruan kelab yang mahukan berbagai jenis aktiviti perlu dilakukan untuk memberi kepuasan kepada ahli kelab. Semoga ahli kelab yang minat motor sudah puas mengecapinya. Kita tunggu aktiviti bulan November dan Disember pulak. Biasanya ping pong dan badminton. Apa-apa pun kita raikannya dengan semangat aktifkan kelab KESUREP. Terima Kasih.

Kita jumpa lagi tahun depan 2011 di Taman Negara ataupun Gunung Ledang. tungguuuuuuuuuuuu. masih sempat lagi simpan duit beli motor enjin berkuasa besar.

Singgah di masjid kristal


Buat amal bersih masjid

Mandi pagi, selepas ni nak pergi gotong royong bersih masjid pulak.

Mandi air panas jam 2 pagi

Ucapan pengerusi KESUREP En.Abd. Hadi

BBQ ayam, daging dan ikan perkena nasi goreng dan mee hon goreng

Berhibur sambil makan di malam hari

Pertandingan Tarik tali di dalam sungai

Pertandingan Bolatampar di dalam air sungai

XPDC Perwaja menguasai jalan


Ketua Marshall berucap

Dengar taklimat


Hotel 5 bintang?

Sunday, October 10, 2010

PERISTIWA DI SURAU SALAM PAKA

Assalamualaikum,
Semalam 18 September 2010 surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri.
Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk jamuan.
Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan. Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah lauk di kemah perempuan telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) disekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul daging lagi serupa kalimah Allah lagi. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.

Pada sebelah pagi semasa siang daging lembu itu tersebut daging tak habis untuk dilapah, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi tak habis disiang.
Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer.
Jamuan sampai lepas solat asar masih ada lagi.

Itu lah dia kekuasan Allah SWT.
Wallahualam.
Mudah mudahan menjadikan kita hamba hamba Nya yang lebih bertaqwa

Firman Allah yang maksudnya
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Soorah Ar Rad 13:26



Thursday, October 7, 2010

TAKLIMAT KHAS XPDC BERMOTOR

TARIKH: 6 Oktober 2010
MASA : Jam 3 ptg ~ 4.30ptg
TEMPAT: Dewan pusat Latihan

Semua AJK dan peserta XPDC wajid hadir. Pembahagian T-shirt dan wang tunai.

Sunday, October 3, 2010

JAMUAN RAYA 2010 RUMAH PENGERUSI


Majlis jamuan raya di rumah Pengerusi KESUREP bernombor CM 1 Taman Perumahan Perwaja Kampung Geliga Kemaman pada 1hb. Oktober 2010 (Jumaat) 2:30 petang hingga 6 petang