Tuesday, May 31, 2011

‘Berdebar luar biasa’




KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.
Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.
“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

Wednesday, May 25, 2011

Balik usung jenazah anak


MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.

Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.
Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.

Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.

“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.
“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.

Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.
“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.

“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.

“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.

“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah.

Tuesday, May 24, 2011

DALAM KENANGAN


Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa. Allah SWT turutkan bala bagi orang munafik dan ujian bagi orang mukmin ini berbagai bentuk mungkin ini salah satu daripadanya. Dan kepada mereka-mereka ini kumpulan munafik supaya kembali kepangkal jalan iaitu Agama Islam yang sebenar dan keseluruhan arahan serta suruhannya supaya sentiasa dipatuhi dan di ikuti jangan jadikan hiasan atas nama MELAYU ISLAM. Dan kepada mukmin yang sentiasa redha atas ujian Allah SWT akan mendapat kerahmatan di akhirat kelak InsyaAllah. Amin.

Al Fatihah.

Sesungguhnya dalam isi rumahnya ada anak yatim, maka rahmat Allah tidak putus-putus. Apatah lagi kalau kita yang melaksanakan tanggungjawab itu untuk kebahagian anak yatim. Alhamdulillah.

Wednesday, May 18, 2011

Ganjaran istimewa menanti Sang Penyu


KERAJAAN Negeri bakal menghadiahkan ‘sesuatu’ kepada pasukan bola sepak Terengganu jika berjaya membawa pulang Piala FA pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung 11 Jun ini menentang jaguh pantai timur Kelantan.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, enggan mendedahkan bentuk ganjaran yang bakal diberikan kepada skuad Penyu itu jika berjaya merealisasikan hasrat berkenaan.

“Kerajaan Negeri akan mengkaji bentuk ganjaran yang akan diberikan kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu dan ia pastinya sesuatu yang mempunyai nilai tambah dan memberikan kepentingan kepada masa depan pemain nanti.

“Sehubungan itu, saya berharap Irfan Bakti (jurulatih) mampu memperta jamkan jentera serangan untuk menghadapi perlawanan akhir nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan bola sepak membabitkan Terengganu dan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Tuesday, May 17, 2011

Penantian tujuh tahun



KUALA TERENGGANU – Setelah tujuh tahun menanti, akhirnya skuad bimbingan Irfan Bakti berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Piala FA apabila berjaya mengalahkan Pahang dengan agregat 5-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Bertemankan sorakan kira-kira 13,000 penyokong, aksi Terengganu ternyata tidak mengecewakan dengan beberapa siri cubaan bahaya ke gawang gol lawan seawal permainan bermula.

Terengganu yang hampir mencipta gol pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma di luar petak penalti setelah Ismail Faruqi Asha’ari dikasari pemain Pahang, bagaimanpun tandukan deras Mohd Mazuki Yusof, sekadar melewati palang gol.

Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke 36 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Abdul Hadi Yahya setelah dia dijatuhkan penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaizul Azuar Ali.

Tersentak dengan jaringan Terengganu, Pahang cuba menyusun rentak permainan, bagaimanapun beberapa percubaan bahaya pelawat berjaya dipatahkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee.

Dalam keghairahan untuk memburu gol penyamaan, skuad kendalian Dollah Salleh dihukum menerusi jaringan pemain gantian, Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin pada minit ke-85.

Kemenangan 2-0 ke atas Pahang mengesahkan pasukan tuan rumah bakal bertemu Kelantan di pentas final di Stadium Shah Alam, Selangor, 11 Jun ini.

Monday, May 16, 2011

DAGING TIRUAN


Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.
Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:
1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.

2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.

3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu
4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.

5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.

Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.
Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.

Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil. Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.
Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com

Tuesday, May 10, 2011

APA YANG BOLEH KITA KATAKAN PADA GAMBAR INI

Gambar ini amat menghiris perasaan. Kamu takut mahu pandang ke? Eh ..... kenapa? Ini gambar betul, bukan tipu. Tidak edit sikit pun. gambar original.

Kamu pernah makan macam ni ke? Saya rasa setakat 1 talam 4 orang je. Tapi kat sini .... woi dahsyat betul tok arab tibai.

Kamu tahu siapa pemilik pokok pisang ini? Sebab ada orang mahu RM ribu-ribu.

Guana pulak yang jadi begitu tuuuuu!

Ini mesti di kampung kamu.

Ada orang nak cabar saya ke?

Doktor tidak bagi ubat sembelit. kesian kepada maknya.

Sial punya jantang!!! puih...

Best jugak datang mandi kat sini!

Agak-agaklah kamu pernah ke berjumpa dengan orang seperti ini? Agaknya kamu beri tumpang dah?

Agak kamulah siapalah yang mintak bateri ni?

Kamu tidak sayang kepada kereta ke? ataupun dirumah kamu terlalu banyak kereta?

Adakah kamu semua pasti perkara ini tidak berlaku di kawasan kamu?

Kalau kamu datang ke masjid ataupun surau, pastikan you all buat macam ni jugak tau!

Monday, May 9, 2011

SUKANEKA KELUARGA KESUREP 1hb. MEI 2011

Guana set-set ayah? Tak kan tunggu cabutan bertuah je. ajak main, lari gi ngail. Doh rock ceton set ayahmu.



Inilah mak budaknye


Dapat ikan pari je. yang lain dapat buah nanas je. Apa-apa pun pemenang mendapat RM700.00 tunai.

Guana ayah nak main jugak ke?


Inilah DJ import daripada Geliga Ustaz Zaidi