Tuesday, November 22, 2011

TOKOH MAAL HIJRAH


Isu tokoh bolasepak Malaysia, secara khususnya bintang bolasepak Negeri Sembilan yang menjaringkan gol kemenangan pasukan Negeri Sembilan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, satu gol “first timer scissors kick” yang paling cantik yang saya saksikan.

Saya ingatkan gol Hairudin Omar tu yang paling cantik, rupa-rupanya yang paling cantik ialah gambar Hairudin Omar mengimamkan solat Isya di bilik persalinan selepas pertandingan. Walaupun gambar ini telah lama berlegar-legar di internet, dan diambil secara spontan, bukan dirancang, tetapi nampaknya isu ini kurang dijadikan modal untuk menarik para belia untuk menjadikan isu solat sebagai isu paling utama.

Sehubungan dengan itu Blog kesurep menobatkan Hairudin Omar sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 H (Maaflah Hai O, setakat nobat je, Kami bukan jutawan nak bagi wang ringgit sebagai hadiah atau nak bagi banglo sebuah atau pergi umrah)

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 H kepada semua pengunjung Blog kesurep.

Thursday, November 3, 2011

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN


Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".