Wednesday, March 14, 2012

KASIH SUAMI


ISTERI : abang apa kata malam ini kita tak payah tidur bersama.. abang tidur luar, ayang tidur dalam bilik
SUAMI : kenapa sayang..
ISTERI : ha.. ayang ada 1 permainan, ayang catatkan semua keburukan abang sebanyak mungkin dan abang pun catatkn tentang keburukan ayang sebanyak mungkin!esok pagi kita baca balik tentang apa yang kita dah tulis itu..
SUAMI : ok..
… malam itu si isteri senaraikan tentang keburukan suami dia sampai tak tidur.. suami dia di ruang tamu pun tak tidr…hingga ke pagi waktu sarapan,,
ISTERI : ha, macam mana, siapa nak mulakan dulu???
SUAMI : ayang dulu mulakan..
ISTERI : ok abang dengar tau, (sambil mengeluarkan 2,3 helai kertas yang dicatat nya malam tadi)
ISTERI : abang tak romentik… abg tak pandai pujuk.. abang bla bla bla.. bla bla bla.. ok dah, skang abg plak..!
SUAMI : (dia mengeluarkan 3,4 helai kertas yg kosong…) abang mntak maaf… tiada apa yang abang dapat senaraikn tentang keburukan ayang.. sebab abang terima ayang seadanya.. dan sgala kburukan ayang abang sentiasa maafkan.. dan abang mntak maaf kalau abang tak sempurna di mata ayang…
si isteri tergamam dan air mata jatuh berlinangan,,, terus dia peluk dan mmohon ampun pd suami nya.. die mnyesal,, kerana telah melukakan hati suami nya.. dia juga sedar dan brsyukur.. bahawa suami nya adalah insan yang terbaik yang telah dianugerah oleh Nya….

Air mata keinsafan


KAJANG: Siapa sangka pada usia 60 tahun ada warga emas yang masih tidak tahu mengerjakan solat akibat terlalu leka dengan kehidupan dunia.
Itu antara pengalaman yang dilalui Pegawai Penjara, Zuriani Mamat, 37, atau lebih mesra disapa cikgu di kalangan penghuni penjara di situ.

“Saya tidak pernah bermimpi bakal bergelar cikgu di sini. Pada awalnya, saya hanya diminta memberikan sedikit ilmu agama kepada pesalah maklumlah diri sendiri pun masih kurang ilmu.
“Terfikir juga apa yang patut diajar sebab pada saya semuanya mereka sudah tahu. Di sini saya hanya mengajar perkara asas saja misalnya cara mengambil wuduk, solat, bacaan dalam solat, zikir dan lain-lain,” katanya yang sembilan tahun berkhidmat di penjara itu.

Pun begitu, sangkaan Zuriani meleset sama sekali apabila menemui seorang banduan warga emas berusia 60 tahun yang tidak tahu bacaan dalam solat. Waktu itu, hati kecilnya berasa sedih kerana pada usia begitu sepatutnya warga emas berkenaan tidak patut memberi alasan sedemikian.

“Saya tanya semula dengan warga emas berkenaan, adakah dia berkata benar atau hanya bergurau kerana mustahil tidak tahu bacaan dalam solat sebab jika tidak tahu bagaimana solat dia selama ini.
“Lalu warga emas berkenaan menjawab jujur dan mengakui dia sudah lama meninggalkan solat hingga lupa apa yang perlu dibaca. Sambil menangis dia meminta saya mengajarnya semula,” katanya.

Selain itu, Zuriani berkata, ada juga pengalaman manis apabila beberapa banduan bukan Islam dari Filipina, India dan China mendapat hidayah di penjara itu. Katanya, meskipun menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus memberi tunjuk ajar kepada mereka.
“Paling penting adalah sifat sabar kerana apabila berhadapan dengan banduan, setiap daripada mereka akan ada karakter yang berbeza serta perlu mainan psikologi yang tinggi. Adakala bukan semua boleh terima apa yang diajar.

“Kita pula tidak boleh terlalu tekan kerana khuatir akan terjadi perkara tidak diingini. Biasanya banduan tempatan masih boleh dikawal berbanding banduan asing yang selalu ikut perangai sendiri,” katanya yang mengajar segmen Halaqah di sini.

Beliau berkata, setiap modul yang diajar dikeluarkan Jabatan Penjara sendiri dan setiap sesi pembelajaran mengandungi 50 banduan.

Katanya, antara yang diajar adalah konsep 3T iaitu Talaqi, Tadarus dan Tahfiz yang diadakan setiap Selasa, Rabu dan Jumaat.

Waktu pembelajaran pula mengikut syif iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 3 hingga 4.30 petang. Selain Zuriani, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama memberi ceramah kepada banduan berkenaan.

Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar.


Subhanallah! Kalimah Allah di Cap Jari | Kalimah Allah telah dijumpai pada cap jari seorang manusia yang identitinya tidak diketahui. Dalam gambar yang banyak tersebar di facebook ini, antara tulisan lain yang boleh kita dapati ialah, “way to jannat” yang bermaksud jalan ke syurga. Satu lagi tulisan ialan “Dikkat” yang berkemungkinan nama pemilik ibu jari yang istimewa ini. Apa-apa pun, mari kita lihat cap jari yang mempunyai kalimah Allah ini. Semoga iman dan amal kita bertambah insyaAllah. Subhanallah. Maha Suci Allah.

Saturday, March 3, 2012

‘Terima kasih abang’


KEJAYAAN pelumba pasukan Terengganu Pro Asia (TSG), Mohd. Harrif Salleh muncul naib juara pada perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 semalam dianggap satu keputusan yang membanggakan.
Ia merupakan pencapaian terbaik bagi pelumba Malaysia pada saingan LTdL 2012 setakat ini.
Bagaimanapun, kejayaan penuh bermakna itu tidak akan dicapai jika Harrif tidak mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukannya terutama abangnya, Zamri.
“Saya bersyukur dan puas hati dengan pencapaian hari ini (semalam). Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan terutama abang saya (Zamri),” kata Harrif semalam.
Pada perlumbaan dari Pekan ke Chukai, Terengganu sejauh 100.8 kilometer semalam, Harrif terpaksa akur dengan kehebatan pelumba sensasi Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang muncul juara.
Kejayaan muncul naib juara semalam menyaksikan Harrif menaiki podium buat kali kedua pada LTdL 2012 selepas dia menduduki tempat ketiga dalam peringkat keempat dari Batu Pahat ke Muar Isnin lalu.

Kayuh basikal lipat ke tempat kerja


SAMBIL melipat basikalnya dalam beberapa minit sahaja, Sonny Ikmal Ahmad Kamil, 29, kemudian memasukkan basikal tersebut ke dalam beg sebelum menjinjing bersamanya masuk ke dalam tren aliran ringan (LRT). Itulah rutin hariannya sejak lebih lima bulan lalu untuk ke tempat kerja.
Bukan berbasikal sepanjang perjalanan, Sonny biasanya berulang-alik ke stesen LRT dari rumahnya di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur sejauh sekitar dua kilometer untuk pergi dan ketika pulang dari kerja.
Basikal itu kini sudah menjadi teman rapatnya kerana penggunaan yang mudah, tidak perlu mencari parkir, membayar tol dan juga berjimat duit petrol. Tambahan pula, ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja.
"Sekarang, setelah beberapa bulan bersama basikal, saya berasa lebih sihat. Saya melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu bersenam dengan berbasikal seiring perjalanan pergi dan pulang dari pejabat.
"Lebih mudah, dengan fungsi lipat itu, saya boleh mengusungnya ke mana-mana sahaja," katanya.
Sonny Ikmal membeli basikal lipatnya secara talian dan mula menggunakannya pada bulan September 2011 yang lalu.
"Ketika itu saya tidak tahu di mana untuk membeli basikal lipat di Malaysia. Lagipun, saya mendapati kebanyakan basikal lipat ini popular sama ada di Taiwan, Korea dan Jerman. Masyarakat di negara itu mempunyai budaya berbasikal. Oleh itu, saya terpaksa mendapatkannya secara talian daripada laman web yang menjual basikal itu," kata Sonny.
Basikal lipatnya yang cuma seberat 11 kilogram dengan saiz roda 16 inci berharga lebih RM1,000. Tentu sekali, ia kedengaran agak mahal berbanding basikal biasa.

Membawa basikal lipat adalah lebih kurang sama sahaja dengan membimbit beg yang sarat dokumen.

Hakikatnya, basikal lipat itu sebenarnya boleh mencapai harga RM20,000 atau lebih bergantung kepada jenama, spesifikasi dan kecanggihan peralatan dua roda itu.
Namun, berbanding motosikal, kereta dan kenderaan berenjin yang lain, basikal lipat adalah satu pembelian yang berbaloi.
Selain tidak menggunakan petrol yang sudah tentu menjimatkan, basikal lipat juga tidak memerlukan penyelenggaraan yang mahal dan kerap.
"Kalau dibuat perbandingan dengan basikal biasa, ia lebih mudah dibawa ke mana-mana saja kerana ia boleh dilipat dan disimpan di dalam beg khas. Apabila dibawa ke dalam pengangkutan awam pun ia tidak memakan ruang," ujar seorang pembekal basikal lipat di Bandar Utama, Selangor, Razaleigh Ramly, 28.
Respons menggalakkan
Baru berjinak-jinak dengan perniagaan basikal lipat melalui bisnesnya, FoldingBike2u (FoldingBike2u.com), Razaleigh berkata, basikal itu mendapat respons yang di luar jangkaan. Kini lebih ramai orang khususnya golongan muda dan belia menunjukkan minat yang tinggi terhadap basikal lipat.
Daripada sasaran awal, Razaleigh yang hanya menetapkan keuntungan jualan sejumlah RM10,000 dalam masa lima bulan penubuhan syarikatnya, beliau ternyata berpuas hati apabila sasaran itu bukan sahaja mudah dicapai, malah respons yang ditunjukkan jauh mengatasi sasaran itu dan berterusan.


Razaleigh sendiri mula jatuh cinta dengan basikal lipat apabila diperkenalkan oleh seorang rakannya di Jerman.
"Basikal Recumbent yang diperkenalkan oleh rakan saya kelihatan sungguh mengagumkan. Saya benar-benar tertarik dengan seluruh idea melipat basikal dan ia turut menjurus kepada bisnes membekal serta menjual basikal lipat ini," katanya merujuk kepada basikal yang dimaksudkan itu yang saiznya lebih memanjang dengan tempat duduk bersandar.
Sedar mempunyai pengikut khusus basikal lipat, Razaleigh terus menggunakan minatnya sebagai motivasi untuk terlibat dalam bisnes tersebut.
"Melalui laman FoldingBike2u.com, kami bukan sahaja menjalankan urus niaga dalam talian malah menerima kunjungan pembeli langsung yang datang sendiri ke kedai kami. Selepas menemui pelanggan, kami sedar perniagaan ini sebenarnya mempunyai potensi yang besar," katanya yang turut ditemani rakan niaganya dan pengguna basikal lipat, Shukri Sharkawi, 28.
Selesa mengayuh
Shukri yang juga seorang peminat aktiviti berbasikal berkata, kini dia sudah menjadi sebahagian pengikut budaya berbasikal. Baik ke tempat kerja, kedai berdekatan, masjid malah ke mana sahaja yang membolehkannya mengayuh, Shukri setia memilih basikal sebagai mod pengangkutannya.
"Jika anda bawa basikal ini ke pusat beli-belah sekalipun, saya percaya ia diizinkan untuk dibawa masuk. Selain itu, ia boleh dimasukkan dalam but kereta dan dibawa ke taman-taman awam untuk tujuan rekreasi. Ia juga boleh dijadikan produk sukan," terang pemuda dari Sarawak itu.
Shukri bagaimanapun tidak menggalakkan basikal lipat digunakan untuk aktiviti ekstrem. Sifat basikal lipat ini sebenarnya sama seperti basikal biasa, cuma apabila dilipat, pengguna perlu membuka latches (selak).

BASIKAL lipat tidak disediakan insurans kerana ia dilihat sebagai hobi, bukannya kenderaan berat.

Ia adalah kunci bagi memasangnya kembali apabila mahu mengayuh. Oleh kerana sifat tersebut, Shukri tidak menggalakkan penggunaan untuk sukan ekstrem dan mengayuh di atas jalan yang tidak rata kerana takut sistem pemasangannya menjadi longgar, tidak selamat atau tertanggal.
Seorang lagi pemuda, Ehsan Ikmal Ahmad Kamil, 29, yang meminati basikal lipat sedang merancang untuk membelinya.
Berasal dari Kajang dan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota, Ehsan mengakui sudah terpaut hati selepas melihatnya melalui sekeping foto yang dihantar oleh rakannya di Korea.
"Kini saya bercadang untuk memiliki sebuah basikal lipat roda 20 inci dengan kelajuan 21 yang bernilai RM1,988," katanya.
Bagi Ehsan, kemudahan basikal lipat itu membolehkan ia dibawa ke mana sahaja dengan mudah. Selain itu, pengalaman mengayuh yang unik menjadi tarikan untuk memilikinya.