Sunday, May 30, 2010

Biro Agama - Apabila Sampai Ajal, Ia Tidak Boleh Ditangguh

Apabila Sampai Ajal, Ia Tidak Boleh Ditangguh


ALLAH SWT berfirman yang bermaksud, “Untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan.” (surah al-An’am:ayat 60)

Yakni ajal setiap manusia yang ditetapkan oleh Allah SWT yang tidak boleh diawal dan diakhirkan walaupun sesaat.

Allah berfirman yang bermaksud, “Kemudian kepada-NYAlah tempat kamu kembali.” (surah al-An’am : ayat 60)

Ertinya, kepada-NYA kamu akan dikembalikan pada hari kiamat dihimpunkan makhluk sejak Adam a.s. hingga hari kiamat.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kemudian pula Ia menyatakan kepada Kamu apa yang telah kamu lakukan.” (surah al-An’am ayat 60)

Dia (Allah SWT) akan menjelaskan apa yang pernah kamu lakukan di dunia sama ada baik atau buruk, dosa atau pahala, halal atau haram, taat atau durhaka, iman atau kufur.

Seterusnya Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-NYA, sama ada makhluknya yang ingkar atau beriman.

Allah SWT Maha Berkuasa untuk membinasakan makhluk-NYA yang kufur bila-bila masa dikehendaki-NYA dan memberi pertolongan kepada sesiapa yang menolong agama-NYA yang tidak boleh sesiapa pun mencabar-NYA.

Allah SWT mmbiarkan golongan kuffar itu untuk suatu tempoh tertentu kemudian Dia membinasakan mereka sekelip mata sahaja jika dikehendaki-NYA.

Jika tidak, mereka akan menerima pembalasan azab seksa tidak terperi sakitnya ketika mereka bertemu Allah SWT pada hari kiamat, di saat manusia menyesal di atas segala kejahatan yang dilakukan di dunia dahulu dengan penyesalan yang tidak ada gunanya lagi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu laukan).” (surah al-An’am ayat 61).

Ibnu Khatir menafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa diutuskan untuk menjaga seluruh badan manusia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Bagi setiap orang itu ada malaikat penjaganya yang silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya. Yang mengawas dan menjaganya (dari suatu bahaya) dengan sebab perintah Allah SWT.” (surah ar-Ra’d ayat 11)

Yakni malaikat itu ditugaskan untuk mengawal dari segala arah kiri kanan dan depan belakang. Tiap-tiap seorang sentiasa dijaga dan diawas oleh malaikat-malaikat yang bergilir-gilir siang dan malam. Malaikat-malaikat ini ialah yang dikatakan ‘Malaikat hafazoh’ menurut keterangan syarak.

Mereka adalah lain daripada malaikat ‘Kiroman Katibin’ yang menulis amal yang baik dan yang buruk.

Allah SWT berfirman dalam ayat yang lain bermaksud, “Pada hal sesungguhnya ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu.” (surah al-Infitor ayat 10).

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan pembuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) menlainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (surah Qof ayat 17-18).

Seterusnya Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan kami (malaikat).” (surah al-An’am ayat 61)

Yakni apabila sesorang manusia sampai ajalnya, Allah SWT mengutus para malaikat untuk tujuan tersebut khususnya ‘Malikul Maut’ (malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa atau roh manusia) yang mewakili malaikat-malaikat berkenaan.

Mereka mengeluarkan roh daripada badan manusia sehingga sampai ke halkum lalu Malikul Maut menyambut nyawa atau roh itu dan membawanya pergi sekali gus berpisahlah nyawa manusia itu daripada badannya dan sempurnalah kematiannya.

Biro Rekreasi - Pulau Kapas

Pengenalan Pulau Kapas

Sebuah pulau yang tidak ada penduduk tetap, hanya pelancong dan nelayan yang singgah sementara waktu. Pulau Kapas terletak di dalam Daerah Marang, Terengganu Darul Iman. Dianggarkan keluasan Pulau kapas memanjang 3km lebih dan lebar 1km lebih. Persekitaran Pulau yang menakjubkan memberi satu kepuasan kepada para pelancong yang datang. Di sebelah Pulau kapas ialah Pulau Gemia. Jarak antara Pulau Kapas dan Pulau Gemia hanyalah 100 meter sahaja. Pulau Gemia di penuhi dengan batu batan hanya sedikit sahaja tanah berpasir.

Jarak Perjalanan

Jarak perjalanan daripada Daerah Kemaman ke Daerah Marang ialah 123km ataupun jikalau berkenderaan 2 jam 15 minit. Untuk ke Pulau Kapas, di sekitar jeti di Bandar Marang ada menyediakan perkhidmatan Bot pelancong. Daripada jeti Bandar Marang ke Pulau Kapas memakan masa 45 minit untuk sampai.

Waktu Bot Berlepas

Daripada Jeti Bandar Marang ke Pulau Kapas

9:00 pagi, 11:00 pagi, 1:00 petang, 3:00 petang dan 5:00 petang

Daripada Pulau Kapas ke Jeti Bandar Marang

9:30 pagi, 11:30 pagi, 1:30 petang, 3:30 petang dan 5:30 petang

Harga Tiket

Kadar tiket bagi orang dewasa RM40.00 pergi dan balik.

Kadar tiket bagi kanak-kanak (5 tahun ~ 12 tahun) RM20.00 pergi dan balik

Keselamatan

Parking kereta yang selamat, penyediaan Baju Keselamatan bagi penumpang bot.

Syarikat Perkhidmatan Bot dan Chalet

Ada lebih kurang 15 buah syarikat bot dan Chalet yang didaftarkan. Salah satunya syarikat Suria Link Boat Service 019-9839454 Encik Zakaria Sulong.

Waktu Paling Sesuai berkunjung Ke Pulau kapas

Bermula bulan Mac sehingga bulan Ogos setiap tahun. Kemuncaknya bulan Jun dan bulan Julai. Kerana bulan ini acara mencandat sotong secara promosi kerajaan negeri dan badan-badan NGO.

Kemudahan

Tempat penginapan (Chalet & Khemah) ada disediakan dengan harga berpatutan. Kemudahan elektrik dan air sentiasa dipantau oleh jabatan berkenaan. Begitu juga kemudahan surau dan dewan orang ramai sentiasa terjaga. Keadaan tandas dan bilik air awam yang sempurna. Dan ada pihak syarikat serta Chalet menyediakan sewa bagi kemudahan peralatan menyelam dan permainan apa-apa jenis sukan pun.

Saturday, May 29, 2010

MYSTERY DRIVE 2010 KE TIARA BEACH RESORT PD

Setelah BUKIT MERAH di PERAK dua tahun yang lalu (2008). pihak AJK KESUREP telah memilih ke TIARA BEACH RESORT di PORT DICKSON Negeri Sembilan menjadi tempat pilihan pada 2010. Dengan kadar yuran penyertaan RM250.00 bagi sebuah kereta. Sambutan penyertaan pada kali ini amat menggalakkan iaitu 120 buah kenderaan telah didaftarkan. Tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak KESUREP ialah pada 4hb. & 5hb. Jun 2010 (Jumaat & Sabtu). Pihak KESUREP telah menyediakan satu pekej yang istimewa kepada peserta yang berbentuk tempat penginapan bagi satu kenderaan atau satu keluarga pada satu appartment beserta dengan makan malam dan makan pagi, baucer minyak RM50.00 bagi sebuah kereta, baju T-shirt empat helai bagi sebuah kereta dan lain lain lagi. Kepada yang telah berdaftar dan akan pergi, pihak pengarang mengucapkan selamat memandu semoga selamat sampai. Tapi jangan lupa sembahyang Jumaat. Kepada peserta harap bersabar menunggu tarikh taklimat dan pembahagian baucer serta perkara yang berkaitan. Kejayaan Mystery Drive tahun ini akan membuka tirai ke Mystery Drive 2012 akan datang. Ke Kota Baharu kah kita? atau ke Cameron Highland kah kita? sama-samalah kita cari jawapannya. Tungguuuuuuuuuuuu.

Sunday, May 23, 2010

pengenalan blog kesurep kepada ahli

salam
buat ahli-ahli kelab sukan dan rekreasi perwaja. hari ini kali pertama dalam sejarah kita dapat berkominikasi secara terus.