Thursday, April 28, 2011

KERETA AHLI KELAB KEMALANGAN


Mr Liong masih truma lagi. setakat hari ini belum nampak wajahnya hadir ke pejabat audit dalaman tempat beliau bertugas. Walaupun tiada kecederaan pada anggota badannya, tetapi ketakutan menghantui perasaannya untuk memandu kenderaan. Kemalangan ini berlaku sewaktu perjalanan balik daripada tempat kerja dan berlaku di tapak pembinaan jambatan sungai Bukit Kuang.

Wednesday, April 27, 2011

PERUSAHAAN MEMBUAT BOT DI PULAU RUSA




Salah satu keistimimewaan yang terdapat di Terengganu ialah
perusahaan membuat bot. Lebih menarik lagi ialah kalau ianya
dibuat mengikut tradisi lama iaitu tanpa menggunakan paku sebaliknya hanya
menggunakan 'pasak' yang bertindak sebagai paku dan kulit-kulit pokok gelam air
yang digunakan sebagai penebat kebocoran. Senang cerita ia
umpama 'gasket' kalau dalam enjin.

Salah satu lokasi yang ada perusahaan ini terletak di Pulau Rusa berdekatan
dengan Jambatan Manir. Semasa saya berkunjung ke sini tempohari
terdapat dua buat bot sedang dalam pembinaan. Saya sempat bertanya kepada
pemilik bengkel harga sebuah bot tersebut, katanya dalam lingkungan
RM700,000.00 sebuah. Menurut beliau lagi, bengkelnya sering juga
dikunjungi oleh universiti tempatan untuk membuat kajian. Jika anda
ingin berkunjung ke bengkel ini anda perlu melalui bawah jambatan
dengan berjalan kaki ataupun bermotosikal.

Sunday, April 24, 2011

BIRO REKREASI

LAWATAN KE LANGKAWI DITERUSKAN DENGAN SATU BUAH BAS. TETAPI LAWATAN KE NILAI DIBATALKAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. KEPADA PESERTA YANG BERJAYA PERGI KE LANGKAWI DIUCAPKAN TAHNIAH. DAN KEPADA SAF KEPIMPINAN KESUREP BULAN JUN 2011 AKAN KEMANAKAH MISTERY DRIVES KALI INI DITUJU? KE PERLISKAH KITA?

Tuesday, April 12, 2011

Juruterbang terkorban


SIBU: “Helikopter itu terhoyong-hayang sebelum terhempas,” kata seorang saksi yang melihat kejadian helikopter jenis Bell 206 Jet Ranger yang membawa anggota rombonganTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Bintangor, Sarikei terhempas di Dataran Sibu berhadapan Wisma Sanyan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, pesawat milik Sabah Air itu dalam penerbangan pulang keLapangan Terbang Sibu selepas menurunkan penumpang di tempat kejadian.
Sebelum kejadian, helikopter itu menerbangkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri pulang ke Sibu selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama Rakyat, masing-masing di Sarikei dan Kanowit.

Difahamkan, helikopter itu terhempas beberapa minit selepas menurunkan Setiausaha Akhbar Menteri Pelajaran, Hafiz Abdul Halim bersama dua pengawal pengiring Timbalan Perdana Menteri untuk menghadiri Program Pemantapan Profesion Perguruan Bersama Warga Guru Bahagian Sibu yang bakal dirasmikan Muhyiddin di sebuah hotel di sini.

Akibat kemalangan itu, juruterbang pesawat itu, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang parah pada hati dan paru-paru kanan akibat hentakan kuat disahkan meninggal dunia jam 8.36 malam di Hospital Sibu selepas menjalani pembedahan.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika kejadian, angin bertiup kencang.

“Melihat helikopter itu terhempas, saya bersama tiga rakan bergegas membantu mengeluarkan juruterbang dengan memecahkan cermin dan membuka pintu pesawat dari dalam,” katanya.

Kejadian itu turut menarik perhatian ramai kerana berlaku di depan sebuah hotel terkemuka di bandar ini menyebabkan lokasi ke jadian dikerumuni orang ramai.

Anggota polis terpaksa mengawal lokasi ke jadian bagi mengelak proses siasatan terganggu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian di percayai berlaku ketika pesawat itu cuba berlepas dari tempat kejadian dalam cuaca buruk dan angin kencang.

“Siasatan mendapati helikopter itu hilang kawalan akibat angin kencang sebelum terhempas.

“Juruterbangnya yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sibu, tetapi disahkan meninggal dunia jam 8.36 malam tadi, kira-kira tujuh jam selepas kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Muhyiddin turut melawat mangsa yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu, petang semalam.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

“Jasa arwah perlu dikenang kerana meninggal dunia ketika menjalankan tugas untuk negara.

“Saya secara peribadi sudah menyampaikan bantuan awal kepada keluarga mangsa, manakala bantuan yang lain yang bersesuaian akan diberikan kemudian kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian cek bantuan modal sekolah bantuan kerajaan (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan sekolah Conforming di Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart di sini, malam tadi.

Monday, April 11, 2011

Awas telur tiruan di pasaran – CAP



PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi kelmarin, seorang pengguna dating ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luarbiasa bentuknya. Menurut beliau, apabila di masak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memangbenar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di Negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungI bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natriumalginat, alum, gelatin, asidbenzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon kedalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah kedalam adunan telur dan kemudian kedalam acuan untuk menghasilkan membrane telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilinparafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

S. M. MOHAMED IDRIS

Presiden CAP

Sunday, April 10, 2011

AWEK SIAPAKAH INI?


Comel. Putih melepak. Kalau nak meminang tak kalah dah. Tak rugi..tapi sanggup tak anda beristerikannya. Gadis yang berusia 20 tahun yang menjadi bintang di acara Mars Virus.Satu program television paling popular di Korea Selatan.Gadis Seoul ini bernama Ji Hyun Ji tetapi ia mempunyai kebiasaan yang pelik daripada orang lain.

Ji Hyun Ji mengaku tak pernah lagi menggosok giginya sejak 10 tahun lalu. "Saya tidak tahu mengapa orang harus gosok gigi, kerana takada orang lain yang akan melihat kedalam mulut anda," kata Ji Hyun Ji, santai. "Bagi saya, tumpukan sisa makanan itu akan menjadi perlindungan bagi gigi saya."

Mars Virus memiliki rating tinggi di negeri ginseng itu.Acara ini mengundang tetamu mereka yang memiliki kebiasaan atau perangai yang aneh, tetapi mereka tetap berbangga dengannya.

Hyun Ji bukan gadis berpenampilan "bersugi". Ia kerap menggamit perhatian kerana kecantikannya dan mendapat gelaran baru sebagai Miss Cutey Yellowish, setelah ia mendakwa dirinya berhenti menggosok gigi satu dekad yang lalu. Terakhir kali ia ingat melakukannya ketika ibunya menggosok giginya saat berusia 10 tahun.

Kebiasaan hari-harinya diahanya mencungki lgigi depannya jika ada makanan melekat.Meskipun Hyun Ji telah melupakan cara menggosok gigi, program ini mencuba untuk membujuknya supaya menggosok giginya.

Tak diberitahu Hyun Ji ini suka mandi ketidak.Ish kalau tak mandi 10 tahun.Kalau tak buang air tak basuh… tak keharu… Yelah! Banyak dunia, banyak ragamnya.Tapi kalau anda dah berkenan..Kalau dah tangkap cintan.Boleh terima ke kebiasaannya itu? Tapi untunglah bakal suaminya.Yelah!..sekarang barang-barang mahal. Boleh jimat kan berus gigi dan ubat gigi.Gigi pun makin lama makin kuning, dah karat macam gigi emas.Cunpe?

Boleh tak ubah perangainya itu?Tapikalau dah menjadi pegangan dan keyakinan..payah juga tu. Macamanan pun manusiakan boleh berubah.Dengan bujukan, atau dengan wang ringgit? Nak ubah payah tu tetap payah.Dah pulak dia rasa yang dia buat tu betul, elok dan membahagiakannya.Apa nak buat?

Apa pun kena tingkatkan penerangan, penjelasan.Semoga dibukakan hati mereka dengan kebenaran. Masa untuk berubah. Jom! Ubah.

Thursday, April 7, 2011

MISTERI MAKHLUK GANJIL DI SUNGAI BRITAIN


BENTUK satu makhluk ganjil yang dilihat terapung di Sungai Parrett di bandar Bridgwater, Britain pada Isnin lalu.

BRIDGWATER, Britain - Ratusan penduduk kebingungan apabila mereka melihat satu makhluk ganjil terapung di Sungai Parrett di bandar ini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Ramai di antara mereka melihat kelibat makhluk itu dari sebuah jambatan pada Isnin lepas di bandar tersebut yang dihuni hampir 34,000 orang.

Penduduk kini membuat spekulasi mengenai identiti makhluk tersebut sama ada ia penyu, ikan lumba-lumba atau bangkai babi.

Terdapat beberapa orang yang melihat makhluk itu mengesyaki ia merupakan kacukan penyu dan babi.

Ada yang menganggap makhluk ganjil itu mungkin batu dan seekor anjing.

Spekulasi mengenai identiti makhluk tersebut juga dibincangkan di laman Twitter.

Seorang penduduk, Coral Pople memberitahu sebuah akhbar tempatan: "Saya sudah berada di sini selama 45 minit. Setiap orang menyatakan makhluk itu adalah seekor penyu tetapi pada pandangan saya ia kelihatan seperti seekor babi."

Menurut seorang lagi penduduk, Andrew Coles, dia berpendapat terdapat seseorang yang melompat ke dalam sungai dan khabar angin yang didengarinya menyatakan satu mayat berada di dalam sungai tersebut.

Makhluk itu dilihat tidak bergerak dan terapung di sungai tersebut dekat dengan pusat bandar ini.

Seorang jurucakap polis menyatakan pihaknya memang mengetahui terdapat sejumlah besar orang mengerumuni jambatan tersebut untuk melihat makhluk ganjil itu.

Anggota-anggota polis meninggalkan jambatan itu selepas mereka melihat makhluk itu tanpa mengambil sebarang tindakan.

Monday, April 4, 2011

CARI MASALAH!!!!!11????????


Janganlah tunjuk hero Bang. Daripada suka-suka, sekarang sudah jadi duka.