Saturday, July 31, 2010

BIRO AGAMA - TAZKIRAH SEMINIT

4 org lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat
akan menarik empat golongan lelaki bersamanya
ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita, tetapi sebaliknya iaitu
supaya kaum lelaki memainkan peranannya
dengan hak & saksama serta berwaspada akan
tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. dia tidak memberikan segala keperluan
agama seperti mengajar solat, mengaji &
sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup
kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.


2. Suaminya Apabila sang suami tidak
memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk
suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan
mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya.


3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah
tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran
ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.


4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram
dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran
pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita
bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU
SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA
BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN
DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan
SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk
syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid)
dengan itu janganlah kita membuang atau tidak
mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT
berikan pada kita).

JOM NGAIL


TAK JUAK KE BANG?

JOM NGAIL


AIR TAK DALAM SANGAT KAT KITA NGAIL CUMA 42 METER JE, KATA ORANG PARAS DADA ITIK.

JOM NGAIL


NAIK DI JETI KUALA DUNGUN 2 JAM PERJALANAN

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


PENDAFTARAN DAN PEMBAHAGIAN KUPON CABUTAN BERTUAH

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


PENDAFTARAN DAN PEMBAHAGIAN KUPON CABUTAN BERTUAH

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


AHLI MENDENGAR UCAPAN PENGERUSI KESUREP

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


AHLI-AHLI MEMBERI TUMPUAN KEPADA UCAPAN PERASMIAN OLEH PENAUNG KELAB

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


DEWAN SUDAH PENUH. KERUSI COMEL SUDAH ORANG DUDUK. DUDUK AJELAH KERUSI YANG ADA. DAN YANG DATANG LAMBAT KENA BERDIRILAH YE.

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


KITA LIHAT APA YANG AHLI-AHLI BUAT DITINGKAT BAWAH. TIDOR KE? AGAKNYE KHUSUS DENGAR TAKLIMAT TU.

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


SAMBUTAN DARIPADA GOLONGAN AHLI WANITA KURANG TIDAK SEPERTI TAHUN LEPAS

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


AHLI YANG BERADA DITINGKAT ATAS

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


AHLI YANG MASIH BUJANG RAMAI BERADA DITINGKAT ATAS

MESYUARAT AGONG KESUREP DAN KHAIRAT


BOB ORANG YANG DIHARAPKAN KAWAL SISTEM BUNYI, AIR COND DAN LAMPU

MESYUARAT KESUREP DAN KHAIRAT


AHLI BEREHAT UNTUK BERSARAPAN PAGI

Monday, July 26, 2010

MESYUARAT KESUREP 2010


AJK KESUREP SEDANG MENELITI USUL YANG DIBENTANGKAN OLEH AHLI

Sunday, July 25, 2010

JOM NGAIL


Di ketuai Encik Suhaizak Abd Latif, Encik Yusof Idris, Encik Rusly Endut, Encik Zaidi Shafie, Encik Che Wan Hanapiah, Encik Najmidin Mamat, Encik Erain Sulong, Encik Shafie Sidek, Encik Mohd Azwan Mamat, Encik Shahril Mohd dan Encik AdiHazli Abu Bakar

JOM NGAIL


SEKALI G PASTI NAK G SOKMO

Thursday, July 22, 2010

MTB KEMAMAN

TARIKH : 7hb Ogos 2010 (SABTU)
MASA : 8 pagi ~ 4 ptg.(jangka sampai di Perumahan 6 ptg.)
TEMPAT BERKUMPUL : KOOP PERUMAHAN
KE TEMPAT : AIR TERJUN JERAM TANDUK AIR PUTIH
PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI, SILA LAPOR KEPADA ENCIK WAN KHALIZAM TEL:727

MTB Kemaman mengharapkan ahli-ahli baru dapat joint bersama. kami mengharapkan MTB kemaman kembali segar. Walaupun kita sudah berusia. Aktifkanlah semangat anda semua. Rugi kita gantung basikal. Masa yang terbaik untuk anda aktifkan.

SUDUT KESIHATAN

CARA ALAMI MENGATASI KEMANDULAN BAGI PRIA

Jangan olahraga berlebihan. Orang yang berolahraga secara berlebihan boleh mengurangkan kiraan sperma mereka kerana suhu yang meningkat di sekitar testis ketika mereka bekerja keras semasa bersenam.
Namum, latihan aerobik seperti berjalan cepat atau berenang, tiga kali seminggu, masing-masing selama 20 minit, tidak akan mempengaruhi produksi sperma.
Memakai seluar boxer. Walaupun mungkin tidak seefektif yang diyakini oleh sebahagian orang, mengganti seluar dalam ketat dengan seluar boxer atau seluar dalam kotor mungkin dapat menaikkan kiraan sperma anda, kerana testis anda akan lebih sejuk.
Turunkan berat beberapa kilogram. Apabila anda berlebihan berat badan, turunkan berat beberapa kilogram mungkin dapat meningkatkan kesuburan anda. “Apabila anda berlebihan berat badan, lemak akan membungkus testis anda maka pasti suhu disitu akan meningkat dan membunuh sperma di dalamnya”.
Awasi antibiotik yang anda minum. Ada beberapa jenis yang mempengaruhi mutu sperma dengan menurunkan kiraan sperma dan kelincahan gerak sperma, atau kemampuan “berenang”nya. Yang tergolong kelompok ini adalah nitrofuran, contohnya furazone, dan macrolides, misalnya eritromisin. Minta penisilin atau quinolone, misalnya cinoxacin (cinobac), sebagai ganti.
Turunkan suhu mandi sauna. Duduk di kamar mandi sauna atau di air hangat, atau mandi air hangat biasa pada suhu lebih dari temperature tubuh untuk jangkamasa yang terlalu lama dapat menurunkan produksi sperma. Jangan habiskan waktu lebih dari 15 minit sehari di tab hangat atau sauna, dan usahakan agar suhunya tidak lebih dari 36.5C.
Berhenti merokok. Jika anda merokok, peluang anda untuk menjadi seorang ayah pasti terbang bersama asap rokok. Merokok mempunyai kaitan dengan lambat dan rendahnya kiraan sperma, dan selain penelitian menemukan bahawa keguguran meningkat 64% apabila kedua pasangan merokok atau jika kaum lelaki yang merokok.
Jauhkan minuman alkohol. Alkohol dapat menurunkan kiraan sperma. Hindari ubat terlarang. Pengambilan dadah dan ubat terlarang dalam jangkamasa yang panjang mengakibatkan turunnya hitungan sperma dan menyebabkan pola perkembangan sperma yang tidak normal.

Rujukan: www.inhealthbeauty.com

BIRO AGAMA

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
YANG DIKELOLA
AL-FADHIL UST. GHAZALI BIN YUSOFF
(PAK ZALI kijal – 019 9203415)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH ANDA

1. Persiapan di rumah (jenazah)
- Bersih ruang tamu
- Mayat di atas katil / tilam
- Kain untuk tutup mayat
- Kain untuk mandi mayat
- Wayar tiub, kon, besen, baldi
2. Kematian di rumah @ hospital
3. Persiapan mandi bersih badan jenazah peringkat awal
4. Cara-cara mengurus mayat peringkat awal
- Kedudukan mayat
- Ikat mana-mana tempat yang perlu
- Pastikan perut tidak masuk angin
5. Barang-barang yang perlu
6. Memandi jenazah
7. Upah memandi
8. Dimana waris
9. kapan
10. Hutang si mati
11. Sembahyang jenazah
12. Upah solat
13. Upah mengusung jenazah
14. kebumi
15. Upah gali liang
16. Talkin
17. Upah bacaan talkin
18. Tahlil
- Cara-cara tahlil
- Tetamu
- Juadah

Semuanya ini akan didedahkan oleh Al Fahdil Ustaz cara dan bagaimana, kalau tidak faham sila bertanya.

SUDUT PUISI - SAJAK

BERCINTA DALAM ALIF

Setitis makrifat-Mu
Sudah cukup untuk kucium
Haruman-Mu.

Di hadirat-Mu aku bersimpuh
Melebarkan sayap-sayap cinta
aku-Mu
bercinta dalam alif.

ALLAH!

A MUZIRU IDHAM
Kemaman

KENALI AHLI BERHENTI






Nama : Encik Wahid Bin Mohd
Bahagian : Plant Maintenance
Tarikh Berhenti : Julai 2010
Jawatan : Engineer QAQC (Drawing)
Pendidikan : Ijazah (UKM)
Asal : Terengganu.
Umur : 30an
Hobi : Pendakwah
Status : Kahwin
Tempat Tinggal : Sungai Ular, Kuantan.
Sebab-sebab Berhenti : Dapat tawaran kerja di tempat lain.

MEMANCING DI LAUT MARANG

TARIKH :20hb Julai 2010
MASA :7 pagi
TEMPAT :Jeti Marang
BOAT :Hak Milik Ayah Puan Sarah Tel: 098626482 Ext:482

Di ketuai Encik Amat Jasri(senior manager Plant Maint).,Encik Amadi (manager Plant Maint), Mr Chooi Mun Foo (manager Tech. Services), Encik Faiz, Encik Anuar, Encik Abd Ghani, Puan Sarah serta suaminya Encik Hussin dan ramai lagi rakan-rakan. khabar berita mereka ini tidak puas lagi dan mahu pergi lagi. apatah tidak mabuk.

Sunday, July 18, 2010

KENALI AHLI KELAB




Nama : Al Fadhil Ustaz Abd Ghani
Bahagian : Material Management / Receving
Tarikh Masuk : 1984
No. Pekerja : 1010115
Jawatan : Supervisor
Tel : 09-8631435 ext:451
Umur : 50an
Asal : PuLau Duyung KualaTerengganu.
Status : berkahwin
Tempat Tinggal : Kampung Mak Lagam
Hobi : Pendakwah, Sukan
Kelebihan : Menpunyai Lesen Enjin Boiler Kelas penuh
: Wakil syarikat Half Marathon
: Guru Pesilatan
: Guru Agama dan Iman

SUDUT KESIHATAN

Ketahui Tanda Jika Anda lelaki Sihat

Adakah anda ingin mengetahui tanda-tanda tubuh yang sihat. Selama ini kita banyak membaca tentang penyakit dan gejalanya. Kali ini kita berkongsi info dengan pembaca tanda-tanda anda memiliki tubuh yang sihat.

Warna Kuku Merah Muda

Warna kuku biasanya menjadi penanda kesihatan yang paling mudah dilihat. Secara umum, orang yang sihat memiliki warna kuku merah muda (pink), kuat dan lembut. Oleh kerana itu, tidak ada salahnya jika anda merasa khuatir jika melihat perubahan pada warna kuku.
Kuku yang berwarna kekuningan dan pertumbuhan yang lambat menjadi indikasi adanya penyakit berkaitan pernafasan. Sementara itu kuku yang berlekuk perlu dicurgai kerana mungkin ada sebarang penyakit. Kekurangan zat gizi tertentu, seperti zat besi juga boleh menyebabkan perubahan pada warna kuku.

Warna Urin kuning Muda

Pada umumnya warna urin yang normal sangat bervariasi, bergantung pada banyaknya jumlah air yang kita minum. Bila anda minum air yang banyak, warna urin biasanya lebih bening. Sebaliknya bila tubuh kita dehidrasi atau kurang air, warna urin akan menjadi lebih gelap.
Selain warna, perhatikan juga perubahan lain dari urin. Misalnya bau yang menyengat atau perubahan warna menjadi kemerahan. Anda harus segera berjumpa doktor jika anda menemui sebarang kelainan.
Menghasilkan sekitar satu sendok teh cairan mani. Seorang lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan cairan mani sebanyak 2 – 5 ml semen ketika berejakulasi. Seiring bertambahnya umur, produksi semen akan berkurangan namum bila semen yang dihasilkan kurang dari 2 ml, hal ini menjadi tanda hyperspermia yang boleh memengaruhi kesuburan lelaki.
Selain amnya, warna cairan mani juga menjadi tanda kesihatan. Lelaki yang sihat memiliki warna cairan mani putih atau keabu-abuan dan pekat. Sekiranya cairan mani yang disertai darah atau terlalu cair anda perlulah berjumpa doktor secepat yang mungkin.

Denyut Jantung 70bpm

Denyut jantung ketika beristirehat (resting heart rate /RHR) adalah indicator yang baik untuk kadar fitness seseorang. Meskipun RHR sangat bervariasi bergantung pada usia. Namum pada lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan dua jari tangan di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kalikan angka ini untuk mendapatkan nilai per minitnya.

Jenis Kulit

Ketegangan kulit biasanya merupakan salah satu cara untuk menilai kadar dehidrasi seseorang. Kulit yang sihat elastic dan kembali normal bila dicubit. Sebaliknya, kulit yang dehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit.

Rujukan: www.inhealthbeauty.com

BIRO AGAMA

Apakah membebani mu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isteri mu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?! Apakah membebani mu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isteri mu?! Apakah menyulitkan mu wahai hamba Allah, untuk merangkul isteri mu, mencium pipinya serta ber*****bu disaat anda menghampiri dirinya?! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isteri mu, agar anda mendapat pahala?! Apakah termasuk susah, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?! Apa yang membebani mu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasih mu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isteri mu di saat anda masuk rumah! Apakah memberatkan mu, jika anda menuturkan kepada isteri mu di saat masuk rumah : "Duhai kekasih ku, semenjak Kanda keluar dari sisi mu, dari pagi sam pai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah". Apakah melelahkan mu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteri ku dan berkatilah daku pada dirinya". * Ucapan baik adalah sedekah. * Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah. * Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan. * Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa. * Berhubungan badan mendapatkan pahala.

KETAHUILAH WAHAI WANITA
1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suami mu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suami mu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepa da suami mu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suami mu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suami mu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suami mu redha kepada mu, maka syurgalah tempat mu.

SUDUT PUISI - SAJAK

Ilmu

Banyak membaca
Membuka minda.

Hayati alam
Ilmu mendalam.

Indah suasana
Pengetahuan berguna.

Pelihara nada
Bahasa ibunda.

Cintai bahasa
Budaya bangsa.

Wadiassofi Jaafar
Kedah


.

PETUA

PANDUAN MEMBELI

Barang Dalam Tin

Label pada pembungkus makanan dan barangan boleh mempengaruhi pembeli. Sebagai pengguna yang bijak, kita tidak harus terpengaruh dengan hiasan, perkataan dan warna pada label atau pembungkus
Lihat dulu mutu barangan dan tarikh akhir penggunaan bagi makanan, seperti roti, susu, cokelat, minyak masak, krim, jus dan seumpamanya.
Bahagian Pendidikan Kesihatan menurunkan beberapa panduan sebelum membeli-belah:

1 teliti bahan yang terkadung di dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolestrol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
2 Elak membeli makanan dalam tin yang berkarat, kemek atau menggelembung.
3 Pastikan makanan yang anda ingin beli diletak di dalam keadaaan baik dan belum melewati tarikh akhir yang memerlukan penandaan terikh.
4 Elak membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga lebih murah. Ini keranan makanan itu mungkin sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan.
5 Baca dan teliti arahan cara menyimpan yang dinyatakan di dalam label. Ini untuk mengelak makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.

Tuesday, July 13, 2010

TAHNIAH - PERKAHWINAN






Nama : Che Engku Mohd Khairul Bin Che Engku Chik
Bahagian : Technical Services / Fabrication
No. Pekerja : 1031905
Umur : 20an
Asal : Terengganu
Tarikh Kahwin : 25hb. Jun 2010 (Jumaat)

Monday, July 12, 2010

KENALI AHLI KELAB




Nama : Encik Kamalruddin Bin Mamat (ABU)
Bahagian : Plant Maintenance / Fabrication
Tarikh Masuk : 1/1/1992
No. Pekerja : 1110543
Jawatan : Fabricator
Umur : 30an
Asal : Terengganu.
Status : berkahwin
Pendidikan : SPM
Hobi : Sukan
Kelebihan : Wakil syarikat dalam sukan bola tampar dan beberapa
Kali menjadi juara peringkat Daerah Kemaman.

SUDUT PUISI - SAJAK

Pagi Tetap Menyimpan Ketenangan Jiwa terdalam

Pagi tetap menyimpan ketenangan jiwa
Terdalam
Tiada percakapan resah dari longgokan
Awan kelabu
Seumpama berita pembunuhan kejam dan
Pembuangan bayi
Yang semakin menjadi-jadi

Bunga mawar dan aromanya menerpati
Ukuran ucapan salam
Dan senyuman tersungging di bibir gadis
Suci; kebijaksanaan
Si penjual ubat di kaki lima memaniskan
Kata-kata
Semua orang tergoda

Susahkah kita menjelmakan diri
Sebagai sang lelaki beakhlak terpuji
Di tengah-tengah masyarakat yang telah
Hilang pendoman?

Sekeping hati
Hati siapa?
Secuil-secuil menyingkirkan debu-debu
Dan menggantikannya dengan sejuta zikir
Getarnya sampai nafas pun berakhir

Mohd Adid Ab Rahman
Melaka

.

SUDUT KESIHATAN

BUASIR

Derita Buasir

Lewat Dirawat Membawa Barah
Tanda-Tanda Buasir

- Bisul kecil di keliling dubur
- Najis keras
- Adakala keluar darah
- Daging terlebih keluar di permukaan dubur
- Nanah dan lender
- Selalu mengalami kembung perut
- Sendawa terlalu banyak

Penyakit Berakhir…

Seorang pesakit wanita menghadapi masalah Buasir yang kronik selama hamper 16 tahun, telah mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM100,000.00 untuk mencuba pelbagai kaedah perubatan bagi merawat sakit yang dideritainya sekian lama.

Pesakit tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah berusia 43 tahun, berkata telah banyak kaedah perawatan yang dicuba, samada doktor pakar hospital swasta, rawatan tradisional Cina atau sinseh serta rawatan tradisional orang Melayu. Namun semuanya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif kepada sakit buasir yang dihadapinya.

Menurut Sharifah lagi doktor pakar yang merawatnya berkata Buasir yang dihadapinya melibatkan luka di dalam usus atau rectum. Antara penderitaan yang harus dilalui hamper setiap hari ialah berlaku pendarahan yang teruk setiap kali beliau harus ke tandas.

Najis yang keluar dari dubur beliau kerap bercampur darah dan merintis-rintis. Lebih terseksa ialah waktu yang dihabiskan di tandas agak lama kerana kesakitan yang terpaksa ditanggung setiap kali membunag air besar, mengakibatkan dubur menjadi pedih.

Beliau bukan sekadar menahan sakit di usus atau dubur tetapi bahagian pinggang dan seluruh badan turut menjadi lemah dan tidak bermaya.

Perut beliau juga turut mengalami kesakitan. Ini menyebabkan banyak kegiatan dan aktiviti harian sebagai suri rumah terjejas dan terbatas.

“Akibat penderitaan ini, saya akan mengikut sahaja pendapat kawan-kawan yang mencadangkan bermacam-macam kaedah rawatan. Dan tidak kedekut untuk mengeluarkan belanja besar untuk menyembuhkan sakit yang saya derita”, ujar Sharifah lagi.

Malah menurut Sharifah, seorang doktor pakar pernah mencadangkan agar beliau menjalani pembedahan, tetapi beliau agak keberatan kerana menerima nasihat untuk tidak berbuat demikian kerana rawatan pembedahan tidak dapat menyelesaikan masalah buasir secara kekal.

“Alhamdulillah, pada suatu hari saya ada terbaca dalam sebuah akhbar yang menyebut terdapat kaedah rawatan Buasir yang tidak memerlukan kepada pembedahan dan mampu merawat Buasir dalam tempoh tiga bulan sahaja dengan syarat pesakit mematuhi proses rawatan secara betul”, terang Sharifah.

Sharifah tanpa berlengah mengambil keputusan untuk mencuba kaedah avurvedik yang ditawarkan. Berdasarkan nasihat yang diberkan, Sharifah terus mengamalkan kaedah berpantang serta juga ubatan herba yang perlu diambil. Diperingkat awal lagi, beliau telah merasai perubahan.

Beliau tidak lagi sakit di mana-mana bahagian tubuh dan dubur tidak lagi merasai pedih apabila menbuang air besar. Amalan sebagai seorang “Vegetarian” memberikan banyak perubahan kepada kesihatan badan saya serta berjaya merawat Buasir yang ditanggung.

“Saya tidak lagi merasai sakit ketika ke tandas. Ini adalah hasil kesabaran saya mengamalkan pantang larang serta ubat herba yang diambil.

Semoga lain-lain pesakit Buasir akan berani mengambil langkah untuk mencuba rawantan AVURVEDIK ini yang ternyata merubah hidup saya”, nasihat Sharifah kepada pesakit-pesakit Buasir lain.

Dapatkan Rawatan Segera:

- Tanpa pembedahan
- Ubatan herba
- Tiada kesan sampingan
- Boleh untuk ibu hamil


Hubungi Pakar Buasir:

03 – 40421759
016 – 2238432 (Johi)
Sms tidak layan

BIRO AGAMA

MASALAH DI AKHIR ZAMAN ISLAM KEMBALI MENJADI DAGANG

Persoalannya

Ada hadis yang menyatakan bahawa Islam itu mulanya ganjil atau dagang dan akhirnya akan kembali menjadi dagang. Adakah ini bermakna, Islam itu bermula dengan seorang (ghariban) dan akhirnya Islam itu akan dagang seperti datangnya. Ertinya seorang sahaja yang Islam, yang lainnya kufur. Betulkah itu maknanya? Itulah yang saya dengar menerusi kuliah agama. Mohon penjelasan daripada ustaz.

Jawapannya

HADIS yang anda rujuk adalah hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Junjungan Besar nabi Muhammad s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Islam itu mulanya dagang (ghariban) dan akan kembali akhirnya dagang ghariban). Maka berbahagialah orang-orang yang dagang ketika itu”. (riwayat Iman Muslim).
Islam itu dimulakan dengan seorang, iaitu Rasul yang mengimaninya, seolah-olah dagang ataupun sebatang kara, kerana ianya bermula dengan seorang.
Kemudian Islam itu berkembang dan dianuti oleh ramai penganut seperti yang dapat kita saksikan hari ini.
Akan tetapi, di akhir-akhir nanti, Islam menjadi dagang. Tetapi ia tidaklah bermakna seorang sahaja yang Islam.
Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. dalam bahasa Arab menyebut sebagai ‘ghurabak’. Perkataan ini adalah perkataan jamak atau ganda, yang bererti banyak.
Ia menunjukkan bahawa, bukan seorang saja yang tinggal ketika itu, tetapi ramai.
Istilah ghurabak dalam hadis ini, ada makna khusus baginya, yang disebut dalam hadis-hadis sahih yang seumpama dengannya.
Seperti dalam satu hadis (mafhumnya) : “Ada sahabat yang bertanya Rasulullah s.a.w “Siapakah dia ghurabak itu ya Rasulullah? Lalu baginda menjawab, :Iaitu mereka yang terus-menerus konsisten melakukan kebaikan di waktu manusia lain asyik melakukan kejahatan.”
Dan ada riwayat lain yang menyebut (mafhumnya): “Ghurabak itu ialah mereka-mereka yang terus-menerus bertugas memperbaiki segala kerosakkan yang dilakukan oleh manusia lain terhadap sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ada riwayat lain yang juga sahih yang menyebut (mafhumnya): “Ghurabak itu ialah oran-orang yang baik-baik, tetapi sedikit. Di samping orang ramai yang jahat itu banyak”.
Ghurabak dalam hadis ini, jelas menunjukkan keadaan manusia di akhir zaman yang majoritinya gemar melakukan yang dilarang oleh Islam, melanggar hukum dan merobek sunnah.
Sedangkan yang mematuhi hukum dan mengamal dan mempertahankan sunnah itu sedikit, yang merosakkannya ramai.
Hadis-hadis ini sebenarnya menggambarkan fenomena Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam konteks permulaannya di Makkah al-Mukarramah dan perkembangan seterusnya, menepati apa yasng berlaku hari ini.
Islam di Makkah seolah-olah ganjil, dagang, tersisih dan amat sedikit yang mendukungnya. Akan tetapi Islam berkembang, diterima ramai dan diimani dalam bentuk yang amat menggalakkan.
Seperti firman Allah (mafhumnya): “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). “Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.- “Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNYA, sesungguhnya DIA amat menerima taubat. (surah an-Nasr, ayat 1-3).
Setelah Islam berkembang dan memperolehi kejayaan demi kejayaan, sehingga dapat menguasai separuh daripada dunia ini, menerima dan melaksanakan Islam, akan tiba di suatu masa nanti Islam itu akan malap dan kurang menyerlah.
Akan tiba di saat Islam dihimpit, dibenam dan ditindas oleh musuh , maka berlakulah zaman kemurungan dan kurang upaya menghadapi musuh yang licik dan rakus, maka Islam akan menjadi lemah.
Dalam hadis-hadis yang banyak, termasuk firman Allah (mafhumnya): “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa IA akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintah di bumi, sebagaimana IA telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa; dan IA akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredaiNYA untuk mereka; dan IA juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKU dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKU. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (surah an-Nuur, ayat 55).
Semua ini menyatakan bahawa Islam akan bangkit kembali dan menerajui dunia. Islam akan menjadi tuan kepada perubahan dan memegang tampuk pemerintah, merubah dunia yang kufur kepada iman dan dari tidak Islam kepada Islam yang sebenarnya.
Di waktu itulah perjuangan sengit berlaku, di mana majoriti manusia tidak gemar kepada Islam, tetapi pasti ada kelompok yang terus memperjuangkan al-haqqu atau al-Islam yang sebenar.
Waktu inilah gambaran yang disebutkan oleh ayat al-Quran dan hadis, benar-benar berlaku. Itulah maksud yang dikehendaki oleh hadis yang anda soalkan. Wallahua’lam.

DARI DAPUR

RESIPI BERASAP

Nikmati Hidangan lazat Tanpa Trauma Gigi Sesnsitif

INILAH cara mudah untuk mendapat lebih perisa terutama jika anda peminat tom yam Thai jati :

Tom Yam Goong
(Tom Yam Udang)

500g udang basah
1 sudu besar minyak masak
2 liter air
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar pati asam jawa
Atau 1 tangkai serai yang dipotong dan ditumbuk sedikit
2 camca kunyit hidup yang dikisar
1 camca the cili merah dipotong
4-8 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau nipis
2 camca gula perang halus
¼ cawan daun ketumbar

Cara-cara menyediakannya:

1. Kupas kulit dan kepala udang dan buangkan uratnya, tinggalkan hanya ekor udang.
2. panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kulit dan kepala udang dan masak selama 10 minit dengan api yang sederhana. Kacau kulit dan kepala udang sehingga ia bertukar menjadi jingga pekat.
3. tambahkan adunan kari dan 1 cawan air ke dalam kuali.
4. didih untuk selama 5 minit sehingga paras air kurang sedikit. Tambahkan baki air dan reneh untuk 20 minit. Tapis stok dan buangkan kulit dan kepala udang.
5. masukkan semula stok udang ke dalam kuali.
6. masukkan pati asam jawa/serai,kunyit, cili dan daun limau purut. Panaskan sehingga mendidih dan masak selama 2 minit.
7. tambahkan udang yang dikupas dan masak selama 5 minit atau sehingga udang bertukar merah jambu.
8. masukkan sos ikan, jus limau, gula dan kacau seketika.
9. akhir sekali, hidangkan masakan dan taburkan daun ketumbar ke dalam tom yam yang masih panas.

Tarik nafas dan nikmatilah keenakkan tom yam panas itu. Awas, jika ‘Aduh’, anda mungkin menpunyai ‘gigi sensitif’, iaitu nama yang agak lembut bagi keadaan sungguh menyakitkan.

KENALI AHLI BERHENTI






Nama : Encik Syaikul Hafiz Bin Mohd Yusuf
Bahagian : Technical Services / Fabrication
Tarikh Berhenti : Julai 2010
Jawatan : Welder
Umur : 20an
Sebab-sebab Berhenti : Mencari gaji lebih di tempat lain

KENALI AHLI BERHENTI






Nama : Encik Yumas Halim Bin Mat Yusoff
Bahagian : Plant Maintenance SMS Electrical & Instrumention
Tarikh Berhenti : Julai 2010
Jawatan : Engineer
Umur : 30an
Sebab-sebab Berhenti : Dapat tawaran di syarikat lain.

KENALI AHLI BERSARA






Nama : Encik Mustafa Bin Mat Zin
Bahagian : Plant Maintenance / Fabrication
Tarikh Masuk :
Tarikh Tamat : 21 Julai 2010
No. Pekerja : 3134368
Jawatan : Fabricator
Asal : Terengganu
Status : berkahwin
Tempat Tinggal Sekarang : Tmn. Solehah Chukai Kemaman
Pekerja Selepas Bersara :

KENALI AHLI KELAB




Nama : Encik Jaffar Bin Sulong
Bahagian : Plant Maintenance / Fabrication
Tarikh Masuk : 1/10/1984
No. Pekerja : 1100114
Jawatan : Supervisor
Umur : 50 tahun
Asal : Seberang Takir, Terengganu.
Status : berkahwin
Keadaan Sekarang : Sakit jantung & sakit lutut selepas kemalangan Dec.
2006
Pendidikan : SPM
Hobi : Kumpul Barangan antik

Monday, July 5, 2010

BIRO REKREASI - LAWATAN KE RANTAU PANJANG KELANTAN

PENYERTAAN TERHAD KEPADA 39 ORANG SAHAJA UNTUK SEBUAH BAS
AHLI KELAB BOLEH MEMBAWA KELUARGA BERSAMA
SETIAP SATU TEMPAT DUDUK ATAU INDIVIDU DIKENAKAN RM40.00
TARIKH :29hb JULAI 2010 BERTOLAK DARIPADA KEMAMAN
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 20hb. Julai

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AJK KESUREP

SUDUT ILMU

ADAT-ADAT MEMOTONG KUKU

Potong kuku semoleknya untuk mendapat pahala hari Jumaat sebelum sembahyang. Bermula tangan kanan, jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking dan jari ibu. seterusnya tangan kiri bermula jari kelingking, jari manis , jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari. selepas itu kaki, bermula sebelah kanan jari kelingking sehingga ibu jari. untuk kaki kiri bermula jari kelingking juga sehingga ibu jari. wassallam