Tuesday, August 23, 2011

Pemandu Terburu-Buru, Leher Gadis Ini Disepit Pintu Bas


ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui , China .

Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bas.

Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.

The best part… begitu bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit.

Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian…

Monday, August 22, 2011

SELOKA HARI LEMBARAN



DI PIAMA AIDILFITRI

Seuntai sujud
Ketika menyelusuri tanah benua
Yakin wibawa semangat ada
Bersyukur penuh pasrah
Menghirup nafas suci
Ada cahaya menyinari cakerawala

Lunjak usaha kesinambungan
Di ambal sejadah wangi
Wujud suasana kehidupan berseri
Serlah mulia berkat ratib doa

Ghairah kudus setiap gerakan
Seuntai sujud sepanjang hayat
Ujana semakin wangi
Di piama aidilfitri ini.

JAMALUDIN D
Sungai Petani.

FAJAR SYAWAL YANG BERKACA DI UFUK TIMUR

Bicara bayu membelai singgah di ranting diam
Seperti petang
Sangat garang baginya; masa lalu dipenuhi
Lampu-lampu pecah
Berserakan di lantai dan sayap-sayap patah;
Kebahagian
Terbelenggu pada langit yang menggambar
Sejumlah wajah kelabu;
Nasib luka tersedu-sedu.

Kini aku rindu memeluk orang-orang ketawa;
Sejuta kembang
Tumbuh mesra di matamu
Menerbitkan kasidah merdu semanis fajar
Syawal di ujung muara
Suara Ramadan
Saat manis kemenangan dalam perjuangan
Mematahkan setiap ranting godaan nafsu
Yang selalu ingin merosakkan citra kemanusiaan
Sang hamba Tuhan
Yang hakiki
(semoga besok masih ada jalan
Yang menyampaikan akau di tebing Ramadan
Yang telah banyak mengasuh dan mendidik
Menjadi insan yang matang)

Fajar Syawal yang berkaca di ufuk timur
Adalah salam wangi yang dihulur
Maniskan hubungan persaudaraan; segumpal
Sosok insan
Yang telah gugur daun-daun dari pohon dosanya
Lalu menjelma mawar putih wangi; “Selamat
Hari raya
Idul Fitri” ucapanmu penuh kebiruan langit
Lewat telefon
Seperti memanggilku segera pulang
Mendapatkanmu yang masih biru
Yang setia menunggu.

Aku kan degupkan ombak-ombak di laut
Memburu hilang segala pedih peri
Cengkam luka ini.

MOHD ADID AB RAHMAN
SMK Selandar, Melaka.

BERHATI-HATI MENYAMBUT RAYA

Berhati-hati menyambut raya
Jangan kerana hendak beraya
Bertukar baru serbi serba
Jangan sampai bergadai pula

Berhati-hati menyambut raya
Dalam ghairah sakan berbelanja
Berjimat-jimat beringatlah jua
Jangan sampai berzakat dilupa

Berhati-hati menyambut raya
Dalam suka-suka hendaklah berwaspada
Bermain mercun memasang pelita
Jangan sampai terbakar terluka

Berhati-hati menyambut raya
Berziarah sini berziarah sana
Dalam seronok bersuka-suka
Jangan sampai solat terleka

Berhati-hati menyambut raya
Dalam seronok nak pulang ke desa
Memandulah dengan cermat sentiasa
Jangan sampai mengundang bahaya.

EHSAN JAMILY
Parit Keroma, Muar.


PESAN SEBELUM BALIK BERHARI RAYA

1
Sebelum balik berhari raya
Dalam seronok-seronok jangan terlupa
Kerja dibereskan segera
Jangan ingat cuti saja

2
Dalam seronok-seronok jangan terlupa
Keselamatan rumah hendaklah dijaga
Pintu dan tingkap dikunci mangga
Maklumkan jua ke jiran tetangga

3
Kenderaan pastikan di teliti diperiksa
Biar berada dalam sempurna
Jangan nanti rosak di mana-mana
Kelak tak sempat pulang beraya

4
Akhir sekali paling utama
Patuhilah keselamatan jalan raya
Jika memandu jangan berlumba
Biar lambat asal selamat tiba.

EHSAN JAMILY
Taman Desa Baru, Melaka




Tuesday, August 9, 2011

MATAWANG MALAYSIA ADA BENDERA ISREAL?





Persoalannya adakah betul-betul serius perkara ini? Adakah ini peringkat cadangan rekabentuk? Apa yang kita hendak jangan babitkan negara/kaum yang dilaknat oleh Allah SWT. berada didalam negara kita.

Monday, August 8, 2011

Beli kereta dengan wang tunai syiling




SEBUAH cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.

Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos yang lalu.

Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.

"Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.

Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.


Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.

Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.

Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.

Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut

Monday, August 1, 2011

APEK PUTUS TUNANG


Susah jadi orang popular. Langkah sentiasa diperhatikan. Silap sikit riuh 1 negara. Kes kecil menjadi besar.