Monday, August 30, 2010

IHYA RAMADAN

BERZIKIR SEBELUM SEKATAN TAKDIR BERNAMA AJAL

SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Manusia ahli ‘Lailaha illalllah’ tidak akan merasa sunyi dan dukacita ketika dalam kubur dan bangkit daripadanya, seolah-olah mereka bangun dengan menguis tanah di atas kepalanya dengan berkata; segala puji bagi Allah yang telah menyingkir perasaan sedih dan dukacita daripada hatiku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan tempatku memohon ampun dan bersyukur.”

Kesepian dan dukacita merupakan bala azab yang menyeksa jiwa manusia, lebih-lebih lagi di alam barzakh (kubur) yang keadaannya seorang diri.

Bayangkan jika seseorang terdampar di gurun padang pasir yang lengang, tanpa kicau burung dan tanpa kehadiran manusia. Pastilah jiwanya dicengkam rasa kesepian.

Tidak berlaku kesepian dan kesunyian di alam kubur apabila semasa hayatnya sentiasa membaca dengan ikhlas dan sebanyak mungkin zikir ‘Lailaha illallah’.

Apabila dilazimkan berzikir Lailaha illallah ketika ingat dan sedar, Insya-Allah lidah akan sering bergetar menyebutnya ketika hati dalam situasi biasa.

Yang menjadi masalah ialah kelaziman bagi orang awan bertahlil hanya ketika berada di majlis rasmi di masjid atau majlis kenduri, waktu selebihnya lidah tersimpan sepi tanpa zikir.

Tidak tahu ke mana hendak dituju selepas dibangkitkan daripada kubur di akhirat kelak, seluruh manusia dihimpun di Mahsyar tanpa arah tuju. Mereka mencari nabi Muhammad s.a.w. untuk mendapat pertolongan, tetapi tidak tahu di mana.

Meskipun ramainya insan tidak terhingga berhimpun di Mahsyar, namun mereka bagaikan tidak berteman kerana masing-masing dengan urusan yang hendak diselesaikan. Sebagaimana dinyatakan firman Alah SWT yang bermkasud:

“Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, dari ibu dan bapanya, darip[ada isteri dan anak-anaknya, setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan.” (surah ‘Abasa ayat 34 hingga 37).

Hanya dengan membanyakkan zikir ‘Lailaha illallah’ semasa hisup di dunia sebutan dengan hati penuh ikhlas, Allah SWT janjikan fadilat yang akan mereka perolehi. Ialah tidak kesunyian dan dukacita pada hari Mahsyar yang amat kalut tetapi nafsi-nafsi itu.

Maksud ikhlas ialah dengan penuh keyakinan bahawa tiada Tuhan Yang Maha Berkuasa melainkan Allah, tidak berkehendak kecuali kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Bijaksana dan segala Maha lagi.

Layaklah mereka mendapat ganjaran syurga kerana mengucap ‘Lailaha illallah’ benar-benar bertauhid kepada-Nya. Dengan keyakinan yang berasaskan tauhid kepada Allah SWT, akan mencapai kemuncak nikmat.

Ketika menikmati kehidupan di alam barzakh dibangkitkan daripada kubur, terus ke Mahsyar dan akhirnya memasuki syurga yang tidak dapat dibayangkan indah dan nikmatnya oleh akal fikiran.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ya Abu Hurairah, segala kebajikkan yang kamu buat sama ada dalam bentuk amalan atau ucapan ‘Lailaha illallah’ tidak akan ditimbang dengan mizan biasa.

“kalau pada ceper timbang yang sebelah ditaruh langit tujuh petala serta isinya, ceper yang sebelah lagi diletakkan ucapan ‘Lailaha illallah’ nescaya ia akan lebih berat lagi.”

Wasiat Rasulullah s.a.w. lagi kepada Abu Hurairah yang bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, hendaklah kamu ajar orang yang hamper mati dengan ucapan ‘Lailaha illallah’ sesungguhnya kalimah ‘Lailaha illallah’ akan meruntuhkan segala dosanya.”

Sahabat bertanya; andai dibacakan kepada orang hamper mati, tetapi bagaimana pula jika terhadap orang yang hidup? Jawab Nabi s.a.w.: “Jika dibacakan kepada orang yang masih hidup ia lebih meruntuhkan lagi dosa-dosanya.”

Bersabda rasulullah s.a.w. maksudnya: “Wahai sekalian manusia di dunia ini, mempunyai bakat dan tokoh untuk memasuki syurga, kecuali orang tidak berhajat untuk memasukinya.”

Sahabat bertanya; ada jugakah manusia yang tidak berhajat masuk syurga? Jawab Nabi s.a.w.: “Memang ada iaitu mereka yang tidak menyebut ‘Lailaha illallah’ (maksudnya tidak beriman kepada Allah SWT).

Sabdanya lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebut ‘Lailaha illallah’ dengan penuh ikhlas, mereka akan masuk syurga.”

Sebut saja kalimah ‘Lailaha illallah’ dengan tidak lkhlas maka tiada jaminan untuk memasuki syurga.

Untuk mengetahui ikhlas atau sebaliknya perhatilah amalan dan gerak geri selepas berzikir itu, jika tidak serupa dengan kehendak dan tuntutan kalimah ‘lailaha illallah’ itu buktinya tidak ikhlas.

Halal dan haram sama saja tiada bezanya, tidak gerund terhadap maksiat yang mendatangkan dosa. Itu tandanya tidak ikhlas.

Ada pandangan bahawa mukmin atau kafir itu terserah masing-masing. Ini tidak betul bahkan ia pendapat syaitan untuk menyenangkan orang yang tidak percaya Allah SWT. Memanglah beriman dan kufur itu terletak di dalam hati.

Bagaimana perkara yang di dalam itu akan terbit dan menjadi tanda, perangai adalah kuntum bunga sebagai tanda yang terbit daripada pohon hati.

Seseorang boleh melindungi apa yang ada di hati tetapi untuk sementara waktu, kerana pembuatan dan perangai manusia akan tercetus setelah didorong oleh gejolak hati.

Oleh itu hendaklah dengan ikhlas berkata ‘Lailaha illallah’ sebanyak mungkin, sebelum seseorang itu disekat oleh takdir Allah SWT khususnya ajal.

Sunday, August 29, 2010

IHYA RAMADAN

Al-Quran, karya sastera agung

Tuhan, turun di bulan Ramadan

AL-QURAN adalah suatu ‘karya agung’ Tuhan. Ia diturunkan ditengah-tengah masyarakat yang mengagungkan keindahan sastera dan mutu bahasa.

Maka, al-Quran tiba kepada masyarakat Arab dengan bekalan mutu bahasa bernilai tinggi. Oleh itu, seorang saudara saya pernah berkata, untuk memahami al-Quran itu sendiri, maka perlulah juga menguasai sastera Arab juga.

“Tidak lengkap mutu kefahaman jika tidak menguasai bahasa Arab,” katanya yang ragu dengan graduan agama Universiti tempatan. Benih keraguan itu bertunas ketika memikirkan ramainya ustaz yang seolah-olah tidak tahu sastera Arab.

Sastera Arab amat penting dalam upaya menguasai nas-nas yang dalam al-Quran. Tanpanya, mungkin kefahaman kita tidak cukup lengkap untuk menggali makna al-Quran, ibarat cangkul yang tidak cukup kuat untuk menggali ketika menggembur tanah untuk semaian benih-benih ilmu.

Ringkasnya, mutu gaya bahasa al-Quran yang tinggi telah merebahkan keangkuhan para penyair Arab jahili. Mereka sangka ucapan mereka bermutu lalu al-Quran menawarkan jalan bahasa sastera yang lebih rapi.

Majlis peluncuran karya sastera Tuhan juga dilakukan pada malam istimewa di bulan Ramadan; Lailatul Qadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Dan, nama sebuah surah; al-Qadr diperuntukkan dalam al-Quran. Sifat-sifat malam itu dicirikan sebagai berikut:-

“Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar… sejahteralah Malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar!” – Al-Qadr (1 – 5).

Sebab apakah kita berpuasa di bulan Ramadan kini? Jika soalan itu dimajukan kepada kita? Maka kita pun menjawab seperti yang Tuhan bekalkan jawapanNya di dalam al-Quran seperti di bawah ini.

“Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa antara kamu hadir di bulan itu maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.” – (Al-Baqarah, 185)

Maka, kita berpuasa bukan kerana tibanya Ramadan. Tetapi, umat Islam berpuasa kerana merayakan majlis peluncuran karya agung sastera Tuhan, iaitu al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul Qadar yang jatuh pada salah satu malam dan bulan Ramadan.

Kisah Umar ditanya Yahudi mengenal al-Quran.

Diriwayatkan oleh orang tua saya, katanya, pernah suatu ketika, Umar ditanya Yahudi, kenapakah umat Islam tidak meraikan al-Quran. Lalu, Tuhan mengilhamkan jawapan kepadanya.

Kami berpuasa di bulan Ramadan lalu merayakan Eid Fitri kerana al-Quran turun kepada kami. Lalu, di bulan Zulhijjah ketika nabi selesai menunaikan Hujjatul Wida’ (haji terakhir), maka itulah petandawahyu berakhir dan al-Quran sudah lengkap seiring dengan lengkapnya agama kami. Lalu kami raikan kesempurnaan al-Quran dan Islam itu dengan Aidil Adha pula.

Demikian kata Umar. Hari ini, jika orang-orang bukan Islam bertanya kepada kita, kenapa kita menyambut Aidil Fitri, kita kata – kerana sambutan sebulan berpuasa dan bukan kerana menyambut ulangtahun peluncuran karya sastera Tuhan’ al-Quran itu!

Alangkah dangkalnya jawapan itu. Demikian luasnya jurang perbezaan kefahaman para Assabiquun Al-Awwaluun (umat Islam terawal) dengan umat Isalam akhir zaman kini.

Saturday, August 28, 2010

IHYA RAMADAN

KEGHAIRAHAN di awal Ramadan sangat menyeronokkan, bila mana surau dan masjid dipenuhi pelbagai golongan bagi mendirikan solat Tarawih. Hal ini perlu dikekalkan sehingga penghujung Ramadan.

Namun yang biasa kita lihat semakin hujung Ramadan, semakin berkurangan jemaah sedangkan di akhir Ramadan dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka. Persoalan bagaimana untuk istiqamah. Maka empat jalan yang disarankan;

1. Lakukan amal ibadah secara sederhana, ringan tetapi berkekalan. Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan.

2. Memikirkan banyaknya kesalahan dan dosa dengan Allah, yang menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadah dan bertaubat dari dosa tersebut.

3. Semua keberkatan, rahmat dan keampunan yang ada dalam bulan Ramadan akan berakhir, maka kita mesti mengambil peluang ini sebelum ianya berakhir.

4. Mungkin Ramadan ini adalah terakhir dalam kehidupan kita, maka kita mesti mengambil kesempatan sepenuhnya.

IHYA RAMADAN

KEGHAIRAHAN di awal Ramadan sangat menyeronokkan, bila mana surau dan masjid dipenuhi pelbagai golongan bagi mendirikan solat Tarawih. Hal ini perlu dikekalkan sehingga penghujung Ramadan.

Namun yang biasa kita lihat semakin hujung Ramadan, semakin berkurangan jemaah sedangkan di akhir Ramadan dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka. Persoalan bagaiman untuk istiqamah. Maka empat jalan yang disarankan;

1. Lakukan amal ibadah secara sederhana, ringan tetapi berkekalan. Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan.

2. Memikirkan banyaknya kesalahan dan dosa dengan Allah, yang menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadah dan bertaubat dari dosa tersebut.

3. Semua keberkatan, rahmat dan keampunan yang ada dalam bulan Ramadan akan berakhir, maka kita mesti mengambil peluang ini sebelum ianya berakhir.

4. Mungkin Ramadan ini adalah terakhir dalam kehidupan kita, maka kita mesti mengambil kesempatan sepenuhnya.

Thursday, August 26, 2010

TAZKIRAH RAMADAN

Menjauhi makan dan minum yang terlalu banyak, kerana rasa kenyang akan menghalang seseorang itu daripada sanggup dan mampu untuk bangkit pada waktu malam.

Sesungguhnya waktu malam adalah satu waktu yang disifatkan paling penting dan utama, bukan sahaja ia bersifat hening dan tenang, malah jauh daripada sebarang rasa sikap untuk menunjuk-nunjuk ibadat yang dilakukan kepada orang lain.

Menjauhkan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat dan dosa kepada Allah SWT, kerana dengan itu sahaja yang memungkinkan seseorang muslim itu mampu untuk bermunajat kepada Allah dan berzikir dalam gelap gelita.

Wednesday, August 25, 2010

BIRO AGAMA - Ihya Ramadan al-Mubarak

KHUTBAH NABI s.a.w MENYAMBUT RAMADAN

DARI Salman al-Farisi r.a.: “Rasulullah saw berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban: Wahai manusia telah datang kepada kalian bulan yang agung, bulan penuh berkah, di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah SWT menjadikan puasanya wajib, dan qiyamullailailnya sunnah. Siapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan, maka seperti mendekatkan diri dengan kefarduan di bulan yang lain. Siapa yang melaksanakan kefarduan, maka seperti melaksana 70 kefarduan di bulan lain. Ramadan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran balasannya adalah syurga. Bulan solidarity, dan bulan ditambahkan rezeki orang beriman.

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikit pun. Kami berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, tidak semua dia dapat memberi makan orang yang memberi makan orang yang berpuasa? Rasulullah s.a.w bersabda: Allah memberi pahala kepada orang yang memberi orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air atau susu. Ramadan adalah bulan di mana awalnya rahmat, tengahnya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka.

“Perbanyakkanlah melakukan empat perkara: dua perkara membolehkan dapat reda Allah SWT dan dua perkara Allah SWT tidak berhajat dengannya. Dua hal itu adalah; syahadat Lailaha illallah dan beristighfar kepadaNya. Adapun dua perkara yang Allah tidak berhajat adalah engkau meminta syurga dan berlindung dari api neraka. Siapa yang membuat kenyang orsng berpuasa, Allah SWT akan memberi minum dari telagaku (Rasulullah s.a.w) satu kali minum yang tidak akan dahaga hingga dia masuk syurga.”

Tuesday, August 24, 2010

BIRO AGAMA - Ihya Ramadan al-Mubarak

TAZKIRAH RAMADAN

SESIAPA yang berhujah dengan al-Quran, maka orang itu adalah benar, yang beramal dengannya diberi ganjaran,yang berhukum dengannya adalah orang yang adil dan yang menyeru kepadanya akan diberi petunju7k ke jalan yang benar.

Bulan Ramadan sudah masuk fasa kedua yang dijanjikan keampunan Allah SWT, puasamuslim semakin memcabar dengan kedatangan peristiwa ‘Nuzul al-Quran’ dan juga hamper kepada malam-malam ‘Lailatul-qadar’, di mana kita disaran oleh Nabi s.a.w. agar dapat beriktikaf, membaca al-Quran dan yang berkaitan dengan

Monday, August 23, 2010

BIRO AGAMA - Ihya Ramadan al-Mubarak

SESUNGGUHNYA Ramadan memberikan banyak istifadhah bagi mereka yang berfikir. Dari khazanah al-Quran, lipatan sirah kerasulan, sejarah ketamadunan sehingga kepada penemuan-penemuan sains telah berjaya membuktikan bahawa ia memberi pelbagai kemaslahatan kepada orang Islam khususnya anggota-anggota gerakan Islam.

Rebutlah keampunan Allah SWT dan pahalanya yang cukup besar sepertimana yang dijanjikan olehNya dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-35 itu. Allah SWT Maha Pengampun untuk mendengar segala rintihan hambaNya.

Bersihkanlah jiwa daripada segala kemaksiatan supaya kemenangan yang dijanjikan itu akan tiba dan dapat dinikmati dengan penuh kesyukuran.

Marilah kita bersama-sama menghayati tuntutan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dengan sebaik-baiknya. Jadikanlah ia sebagai kompas dalam memandu perjalanan dakwah agar semuanya di bawah naungan Islam.

Saturday, August 21, 2010

BIRO AGAMA - IHYA RAMADAN AL-MUBARAK

PUASA juga mengajak kita bersabar dan mengajar kita bersyukur. bersabar menahan kelaparan, menahan hawa nafsu. bersyukur kerana orang tidak lapar, tidak pernah menyedari nikmat kenyang.

Orang yang tidak susah tidak menyedari nikmat kesenangan maka puasa mengajar kita bersabar dan bersyukur. itulah menyebabkan apabila sampai masa bersyukur kita berbuka yang terlajak, tidak tepat.

Banyak orang bersabar tetapi sedikit yang bersyukur, itu berlaku dalam masyarakat dan Ramadan juga mengajar dengan peristiwa-peristiwa kemenangan bagi umat Islam.

Thursday, August 19, 2010

BIRO AGAMA - TAZKIRAH SEMINIT

TAZKIRAH RAMADAN

JANGAN jadikan ramadan medan umpat-mengumpat sesama orang Islam, membuang masa tanpa faedah, menonton rancangan-rancangan yang berunsur hiburan yang boleh menjejaskan pahala orang-orang yang berpuasa seperti nyanyian, muzik, drama bersiri dan sebagainya.

Ibu bapa Muslim seharusnya memantau anak-anak perempuan mereka yang sudah mula baligh pada awal usia untuk melakukan ibadat puasa yang difardukan ke atas mereka dan jangan membiarkan anak-anak perempuan mendedahkan aurat kerana memakai tudung kepala adalah perintah wajib daripada Allah SWT dalam al-Quran.

Wednesday, August 11, 2010

BIRO AGAMA - TAZKIRAH SEMINIT

MENYEGERAKAN BERBUKA, MENTAAKHIRKAN SAHUR

ALLAH SWT jadikan semua ibadat dihaisi dengan beberapa perkara sunat, kadang-kadang yang sunat lebih banyak dan perlu diberi perhatian terutama dalam ibadat puasa.
Bagi orang Islam yang mencintai sunnah Nabi s.aw. perlu membanyakkan ibadah yang sunat itu, kerana jika hanya menumpukan yang wajib sahaja umpama orang makan nasi hanya nasi semata-mata tanpa lauk pauk.
Tentulah terasa kekurangannya, tiada manusia yang menikmati hidangan semata-mata nasi putih tanpa lauk pauk dan sebagainya.
Perkara sunat yang pertama; ialah mentakhirkan sahur sekira-kira selesai sahaja menikmati hidangan sahur, maka fajar pun menjelma. Sementara berbuka hendaklah disegerakan apabila telah yakin terbenam mata hari di ufuk barat.
Tidak terlalu banyak makan apabila berbuka, kerana ia boleh menganggu daripada memperolehi fadilat solat Maghrib pada awal waktu.
Berdoa sebelum berbuka seperti : “Allahumma laka sumtu wabika amantu wa ‘ala rezkika aftortu.” Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku, keranamu aku berbuka, denganmu aku beriman, dan di atas rezekimu aku berbuka. (laka sumna – jika untuk ramai)
Berbuka secara ringkas sama ada dengan buah tamar atau air dingin, supaya dapat bersegera untuk melaksanakan solat Maghrib. Sunat berbuka dengan tamar kerana tamar yang manis memberi tenaga setelah berlapar sepanjang hari, begitu juga air mengandungi mineral yang diperlukan tubuh manusia setelah ketiadaan air pada badan sepanjang hari.
Antara perkara sunat perlu diutamakan ialah bermurah hati pada bulan Ramadan, memeriahkan bulan tersebut dengan amalan sunat bersedekah meskipun hanya dengan sebiji kurma.
Bulan Ramadan dikenali sebagai bulan ‘tarbiyah,’ untuk tujuan tersebut sewajar disuruh anak-anak kecil untuk menghantar apa jua barang sedekah.
Agar anak kecil terdidik pada bulan Ramadan sebagai bulan pemurah, sejak kecil terasuh agar lekat perangai suka memberi sesama jiran dan kerabat terdekat.
Semarakkan Ramadan dengan membaca dan tadarrus al-Quran, terutama pada waktu malam sebagai menghidupkan malam bulan Ramadan, agar syiar Ramadan dapat dirasai berbeza dengan bulan selainnya.
Disunatkan beriktikaf dalam masjid terutama pada 10 hari yang terakhir. Iktikaf bererti berada di rumah Allah swt dengan zikrullah iaitu membaca al-Quran dan lainnya sebagai suatu ibadah.
Sesungguhnya berada di rumah Allah swt bererti telah usaha mendekat dan merapatkan diri kepada –Nya. Tetap berkekalan niat dengan maksud iktikaf selama masih berada dalam masjid. Apabila keluar terus meninggalkan masjid maka berakhirlah maksud iktikaf.
Kecuali kerana menunaikan hajat manusia seperti mengajar ilmu agama, atau untuk memberi pertolongan sesuatu kecemasan dan sebagainya.
Tidak mengapa beriktikaf di masjid dengan memakai wangi-wangian dan juga mengadakan majlis akd nikah, ataupun makan dan minum seperti majlis berbuka puasa.
Tidak terkeluar daripada niat iktikaf disebabkan tidur atau pergi basuh tangan, kerana semua itu menjadi keperluan hidup manusia umumnya.
Sesungguhnya puasa itu mempunyai tiga peringkat. Pertamanya, puasa orang awam, kedua puasa khusus iaitu puasa orang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama, ketiga puasa khusus al khusus iaitu puasa para wali Allah.
Puasa awam ialah sekadar tidak makan minum dan tidak memenuhi kemahuan syahwat jantina pada siang hari. Inilah puasa taraf paling rendah di kalangan orang awam. Adapun puasa khusus ialah puasa seluruh anggota, termasuk mata tidak dibenar memandang perkara yang terlarang.
Telinga dihalang daripada mendengar perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. Lidah ditegah daripada menuturkan perkara yang lagho apatah lagi yang maksiat dan sia-sia.
Tangan dan kaki serta sebarang anggota yang boleh mendatangkan dosa dikehendaki berpuasa juga. Puasa khusus al khusus selain tidak makan dan minum, juga tidak menuruti kehendak syahwat di siang hari Ramadan. Turut dikawal ialah akal fikiran, dihalang daripada memikirkan perkara yang tidak berfaedah kepada diri dan agama.
Begitu juga hati dan perasaan disekat dengan puasa daripada segala perasangka buruk dan sifat-sifat mazmumah, seperti perasaan mengingini sesuatu yang bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam.
Sebaliknya digunakan sepenuhnya akal dan fikiran serta perasaaan untuk memikirkan ke-Esaan Allah dan ke-Adilan-Nya, memikirkan dosa yang telah dilakukan sedangkan amal pahalanya berkurangan.
Ke mana kesudahan diri sebagai hamba Allah, sedangkan syurga dan neraka sedang menanti dirinya. Selama sebulan berpuasa tetapi adakah dia memikirkan sebanyak mana pahala yang telah terhimpun, sebanyak mana dosa yang telah terhindar dengan kehadiran 10 malam terakhir.
Adakah dia berjaya menggunakan akal fikirannya secara total, untuk tidak memikirkan benda-benda selain daripada Allah SWT. Adakah dia telah melakukan ikhtiar untuk mencapai segala kemuliaan yang dikurnia kepada para wali Allah, kerana para wali itu terdiri dari jenis manusia juga.
Tetapi dengan sebab para wali Allah itu manhendaki sesuatu kemuliaan si sisi Tuhan, dia berusaha sepenuh jiwa maka segala hajatnya telah dipenuhi oleh yang Maha Esa.

BIRO AGAMA - TAZKIRAH SEMINIT

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan oleh Saidina Ali k.w.j. daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan:

10 OGOS SELASA
MALAM 1

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunannya daripada Allah.

11 OGOS RABU
MALAM 2

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua-dua ibu bapanya 9sekiranya mereka orang beriman).

12 OGOS KHAMIS
MALAM 3

Bersatu Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau’.

13 OGOS JUMAAT
MALAM 4

memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

14 OGOS SABTU
MALAM 5

Allah mengurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

15 OGOS AHAD
MALAM 6

Allah mengurniakan pahala kepada pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

16 OGOS ISNIN
MALAM 7

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

17 OGOS SELASA
MALAM 8

Allah mengurniakan pahala orang yang sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s.

18 OGOS RABU
MALAM 9

Allah mengurniakan pahala dan dinaikan mutu ibadat hambaNya seperti nabi Muhammand s.a.w.

19 OGOS KHAMIS
MALAM 10

Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

20 OGOS JUMAAT
MALAM 11

keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.


21 OGOS SABTU
MALAM 12

Ia datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

22 OGOS AHAD
MALAM 13

Ia datang pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

23 OGOS ISNIN
MALAM 14

Datang Malaikat menyaksikan bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

24 OGOS SELASA
MALAM 15

Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

25 OGOS RABU
MALAM 16

Allah s.w.t. menuliskan baginya terlepas dari neraka dan memasukkan ke dalam syurga.

26 OGOS KHAMIS
MALAM 17

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

27 OGOS JUMAAT
MALAM 18

Seru malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan ibu bapamu (yang masih hidup atau mati).

28 OGOS SABTU
MALAM 19

Allah s.w.t. meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

29 OGOS AHAD
MALAM 20

Allah merngurniakannya sebuah pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.

30 OGOS ISNIN
MALAM 21

Allah membinakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

31 OGOS SELASA
MALAM 22

Ia datang pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

1 SEPT RABU
MALAM 23

Allah s.w.t. membina sebuah Bandar untuknya di dalam syurga daripada nur.

2 SEPT KHAMIS
MALAM 24

Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

3 SEPT JUMAAT
MALAM 25

Allah Taala menyelamatkannya daripada seksa kubur.

4 SEPT SABTU
MALAM 26

Allah mengurniakan orang yang bertarawih pada malam ini pahala seumpama 40 tahun ibadah.

5 SEPT AHAD
MALAM 27

Allah mengurniakan orang yang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintasi titian Siratholmustaqim seperti kilat menyambar.

6 SEPT ISNIN
MALAM 28

Allah s.w.t. mengurniakannya 1000 darjat di akhirat.

7 SEPT SELASA
MALAM 29

Allah s.w.t. mengurniakannya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

8 SEPT RABU
MALAM 30

Allah s.w.t. memberi penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman.

"Hai hambaKU, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikurnikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama ‘Alkauthar’.”

Monday, August 9, 2010

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


DARIPADA KIRI ENCIK ABD GHANI, ENCIK YASMIN, ENCIK MOKHTAR DAN ENCIK SUKRI. DI PERKARANGAN KOOP PERUMAHAN SEMENTARA MENUNGGU MAMBER-MAMBER YANG LAIN DATANG.

BERMULA JAM 8:10 PAGI DI PERKARANGAN KOOP PERUMAHAN KAYUHAN KE JERAM TANDUK AIR PUTIH BERMULA. KAYUHAN PERMULAAN YANG BERSEMANGAT KERANA MENDAPAT KIBARAN JALUR GEMILANG 1 MALAYSIA OLEH PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DI PERSIMPANGAN KAMPUNG PAYA BERENJUT. WALAUPUN KIBARAN ITU BUKAN UNTUK KAMI, TETAPI ITULAH LALUAN KAMI.

KAYUHAN PAGI DILALUAN KE PUSAT BANDAR CHUKAI AGAK MERUMITKAN. KUMPULAN MTB PERLU MENGHABISKAN 5KM LALUAN KE PUSAT BANDAR SECEPAT YANG BOLEH BAGI MENGEJAR MASA.

CUACA PAGI ALHAMDULILLAH, SELEPAS HUJAN DARIPADA MALAM TADI BARU SAHAJA BERHENTI. DAN SEPANJANG PERJALANAN XPDC MTB INI CUACA MENDUNG. ALHAMDULILLAH 47KM SEHALA (94KM PERGI DAN BALIK) XPDC KAMI BERJAYA. WALAUPUN TIDAK KE JERAM TANDUK TETAPI KE JERAM TUJUH.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA PIHAK KESUREP DARIPADA PENGERUSI SEHINGGA AJK BIRO YANG MENOLONG DARI SEGI KEWANGAN. DAN TIDAK LUPA JUGA TERIMA KASIH KAMI KEPADA ENCIK ADI HAZLI ABU BAKAR DAN ENCIK SHAHRIL DARIPADA SYARIKAT PFcE YANG MEMBERI HILUX.

PESERTA XPDC KALI INI IALAH ENCIK WAN KHALIZAM (KETUA XPDC), ENCIK SUKRI AWANG, ENCIK MOKHTAR JUSOH, ENCIK SHID ISHAM, ENCIK AZLI MOHD, ENCIK SUHAIMI, ENCIK MOHD ROZAIMI MANSOR, ENCIK ROHAIMI ABDULLAH (MARSHALL BERMOTOR), ENCIK ABD GHANI SALLEH, ENCIK ABD RAHMAN DAN ANAKNYA (MARSHALL BERMOTOR), ENCIK WAN MARZUKI DAN ANAK ISTERI(BLOGGER - HILUX), ENCIK MOHD YASMIN, ENCIK ZAKWAN MD ISA DAN ENCIK MOHD AMRULNIZAM

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEMUA. INSYAALLAH KITA BERJUMPA LAGI.








BLOGGER BERSAMA RIDER. BLOGGER MENJADI MARSHALL KALI INI. SEPATUTNYA BLOGGER KAYUH JUGAK. TAPI TAK APALAH. DAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK ADI HAZLI ABU BAKAR DAN ENCIK SHAHRIL DARIPADA SAYARIKAT PFcE YANG MEMBERI PINJAM HILUX. JASA MU AKAN KU KENANG.


DENGAR TAKLIMAT KHAS. DISEBABKAN KITA SEPATUTNYA KE JERAM TANDUK TETAPI OLEH KERANA ADA MASALAH KAWASAN DISANA TERCEMAR VIRUS AIR KENCING TIKUS, KITA SEPAKAT KE JERAM TUJUH 11 KM DARIPADA MASJID INI.




ENCIK ROHAIMI BASIKAL RACING! MANA MTB AWAK?





AIRNYA LAJU BANG! JALAN OFF ROAD 4 X 4 BULAN JUNE 2010 BARU-BARU INI.



KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


HAI ABANG MAN (ENCIK ABD RAHMAN BERSAMA ANAK)DAPAT IKAN! BERTINDAK SEBAGAI MARSHALL

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


YANG PAKAI SMART TU ENCIK ZAKWAN SEBAGAI MARSHALL. TURUT KELIHATAN ANAK DAN ISTERI BLOGGER.

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


YANG PAKAI SNARTTU ENCIK ZAKWAN SEBAGAI MARSHALL. TURUT KELIHATAN ANAK DAN ISTERI BLOGGER.

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


HAI BELUM SEMPAT PARKING BASIKAL DAH HULUR PANCING PULAK! TAPIIKAN APA TU? KECIL SANGATLAH BANG.

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


ANAK BLOGGER TURUT SAMA. SEKALI SEKALA ADA MASA FREE.

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


ENCIK SUHAIMI MENGAMBIL WUDUK. ORANG YANG KURANG BERCAKAP. TETAPI......

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


ENCIK AZLI MOHD MENUNAIKAN SOLAT. YANG LAIN TUNGGU GILIRAN SEBAB TERLUPA BAWA TIKAR BESAR. SORRY YE

Sunday, August 8, 2010

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


RIDER RACING DARIPADA PAKA ENCIK ROHAIMI ABDULLAH MENUNAIKAN SOLAT ZOHOR.

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


RIDER MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


YANG PAKAI JERSI MALAYSIA ENCIK MOHD AMRULNIZAM. WA CAYA SAMA LU!

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


INI MESTI KETUA RIDER YANG BUAT HAL, MELAMBATKAN MASA. ORANG NAK BALIK WEH!

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


KITA BERGAMBAR BUAT KENANGAN

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


YANG ATAS HILUX ENCIK SUKRI YANG BASIKALNYA ADA MASALAH TAYAR.

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


NAK BALIK PUN BEREBUT, MACAM NAK BERLUMBA PULAK JADINYA.

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


ADIK KECIL SENTIASA MEMBANTU RIDER. TOLONG BAGI KE ABANG-ABANG

KAYUHAN BASIKAL BUKIT (MTB) 7hb. Ogos 2010


MASING-MASING BERCERITA PASAL OFF ROAD

KAYUHAN BASIKAL BUKIT - MTB 7hb Ogos 2010


BEREHAT SEKETIKA SELEPAS KELUAR DARIPADA OFF ROAD 11KM.

KAYUHAN BASIKAL BUKIT - MTB 7hb Ogos 2010


HENTIAN REHAT YANG KE DUA TERAKHIR DI KAWASAN PASAR BINJAI. INI DISEBABKAN ENCIK AZLI MOHD TERJATUH. TIADA KECEDERAAN YANG DIALAMI. ALHAMDULILLAH. HENTIAN TERAKHIR DI BERSEBELAH PUSAT LATIHAN MEMANDU JALAN TEMPURUNG.

Thursday, August 5, 2010

DURIAN PELIK UNTUK KAJIAN ANDA


Salam semua..


Durian oh Durian.. Sekarang nie banyak betul orang menjual durian kat tempat saya. Pelik jugak..Sebab tahun lepas hanya sekitar bulan 7 musim durian menjadi. Tapi kali nie, dalam sem nie sahaja dah 2x musim durian. Baiklah, isu hari ini bukanlah nak cerita sangat tentang musim durian tetapi nak berkongsi dengan anda tentang Durian Kura-kura. Haa..Pernah dengar? Kalau belum, Jom baca cerita seterusnya…


Cuba perhatikan betul-betul sama ada buah durian terletak di bawah pokok atau di atas pokok? Tengok sendiri…



Buah durian atas tanah bukan atas pokok…Menarik bukan?

Durian kura-kura nie tumbuh pada bahagian batang dan bukannya pada bahagian ranting/cabang seperti pokok durian yang biasa kita tengok. Lagi satu, kalau anda perasan ianya tumbuh selonggok. Macam buah kelapa tumbuh kat pokok kan? Selonggok tu pun ada la dalam 30-40 biji. Menurut pemilik durian tersebut, “isi durian kura-kura nie agak berair dan manis, warnanya juga sama seperti buah durian biasa. Tetapi buah durian itu mengeluarkan bau yang agak berbeza dan pelik iaitu seperti bau kencing kura-kura.” Hehe…saya pun tak tahu macam mana bau kencing kura-kura. :p





Mungkin di sinilah asal usul nama buah tersebut, “mengeluarkan bau yang agak berbeza dan pelik iaitu seperti bau kencing kura-kura”..selain cara tumbuhnya berbeza namun ramai orang ingin mencuba rasanya.



Di kawasan Tg Malim nie belum pernah lagi saya melihatnya. Kalau ada, nak juga saya cuba. Tapi 2-3 ulas dah lah..Saya tak makan banyak buah durian nie..Hehe..