Monday, September 27, 2010

MUHKTAR SETIA DENGAN MTB



Walaupun sudah berumur 40an, tapi minatnya masih segar seperti umur 20an. semoga En. Muhktar berjaya mendapat pingat satu hari nanti.

Sunday, September 26, 2010

Cunnye Camera Man Kite


Encik Suhaimi yang memastikan trek dapat difokus oleh peserta MTB dalam latihan kali ini. Tapi sayang kecantikkan air laut Pantai Teluk Mak Nik tidak disertakan bersama. Mybe lain kali kot dapat kita tengok. InsyaAllah pagi Jumaat 28hb Sept 2010 jam 8 pagi blogger akan turun ke trek untuk bersama peserta MTB jalani latihan harian. Sebelah petang blogger sibuk kenduri raya belum habis lagi.

Thursday, September 23, 2010

IKAN KAKAP PUTIH 6.1kg


Ikan ini dapat dipancing oleh salah seorang ahli kelab. Pada 17hb. Sept. 2010 pagi hari Jumaat menjadi sejarah. Lokasi sungai Seberang Tayor Hilir.

Wednesday, September 22, 2010

TREK MTB MONICA BAY PANTAI TELUK MAK NIK


LATIHAN FASA 2 MTB

Tarikh cadangan : 2hb. Oktober 2010 (sabtu)
Tempat & laluan : ke Air Terjun Chabang Kerteh
Target peserta : 15 orang

kepada yang berminat sila berhubung dengan En. Khalizam tel 727 sekarang.

XPDC MOTORSIKAL KE LA HOT SPRING BESUT

TARIKH : 8hb. - 9hb Oktober 2010 (Jumaat & Sabtu)
Sila berhubung dengan AJK KESUREP sekarang untuk keterangan lanjut.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA

ALLAHUAKBAR, Allahuakbar, Allahuakbar. Lailaha Illallah Wallahu Akbar. Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HARI Raya merupakan hari kemenangan. Kita meraikan kemenangan mengalahkan hawa nafsu dan kemenangan kerana berjaya melaksanakan perintah Allah SWT sepanjang bulan Ramadan. Bukan sahaja dengan berpuasa menahan makan dan minum, tetapi juga dengan qiyam, bacaan al-Quran serta amalan-amalan yang lain.

Justeru, kita disunatkan untuk memperbanyakkan takbir pada pada hari raya. Takbir membesarkan Allah SWT tanda keyakinan kita bahawa setiap kemenangan dan anugerah hadir dengan keizinan Allah SWT. Sehebat mana pun kejayaan yang kita miliki, perlulah diyakini bahawa ia tidak akan melebihi kebesaran yang dimiliki oleh Allah SWT.

Janganlah pula kegembiraan kerana menyambut kemenangan ini melupakan kita pada hakikat kebesaran Allah SWT. Ini kerana, hari raya yang sebenar adalah untuk mereka yang bersedia menghadapi hari pembalasan. Kata para hukama Arab, “Tidaklah hari raya itu untuk orang yang berpakaian baru, tetapi hari raya itu untuk orang yang takutkan hari yang dijanjikan (kiamat).”

Monday, September 6, 2010

PERINGATAN

PESAN SEBELUM BALIK BERHARI RAYA

1
Sebelum balik berhari raya
Dalam seonok-seronok jangan terlupa
Kerja dibereskan segera
Jangan ingat cuti saja

2
Dalam serono-seronok jangan terlupa
Keselamatan rumah hendaklah dijaga
Pintu dan tingkap dikunci mangga
Maklumkan jua ke jiran tetangga

3
Kenderaan pastikan di teliti diperiksa
Biar berada dalam sempurna
Jangan nanti rosak di mana-mana
Kelak tak sempat pulang beraya

4
Akhir sekali paling utama
Patuhilah keselamatan jalan raya
Jika memandu jangan berlumba
Biar lambat asal selamat tiba.

EHSAN JAMILY
Taman Desa Baru, Melaka

TAZKIRAH RAMADAN

SESUNGGUHNYA iktikaf adalah satu amalan sunnah dalam al-Quran, hadis dan secara ijmak yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. terutama pada 10 malam terakhir Ramadan dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk turut sama bangun melakukan Qiyamullail.

Bilangan rakaat solat Tahajjud yang diamalkan baginda Rasulullah s.a.w. ialah 13 rakaat bersama witir. Tetapi bagi Muslim yang hanya mampu lakukan dua rakaat pun masih lagi boleh diterima sebab ia sunat.

Sunday, September 5, 2010

TAZKIRAH RAMADAN

PUASA adalah satu ibadah yang unik dan berlainan daripada ibadah-ibadah yang lain.

“Jika kita menunaikan solat, zakat, haji dan sebagainya, ibadah kita itu diketahui orang lain. “Bagaimanapun ibadah puasa yang kita lakukan tidak diketahui manusia. Orang lain tidak akan tahu sama ada kita benar-benar berpuasa ataupun tidak. Ia hanyalah urusan kita dengan Allah SWT.

“Ini menunjukkan bahawa puasa adalah ibadah yang mampu membentuk integriti manusia. Ia membentuk sifat jujur dan ikhlas insan.

“Kita sebagai umat Islam diseru supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk membentuk sasiah yang baik di semua bidang kehidupan dengan mengamalkan sifat jujur, ikhlas dan amanah.

“Itulah antara pengajaran penting yang kita perolehi daripada ibadah puasa”.

Saturday, September 4, 2010

TAZKIRAH RAMADAN

SEDAPAT mungkin untuk berqailullah (tidur sebentar sebelum zuhur) bagi mendapatkan tenaga untuk bangun malam beribadat kepada Allah SWT.

Bersegera kemasjid atau surau sebaik-baiknya sebelum berkumandangnya azan, agar dapat melakukan “Solat Sunat Tahiyyat Masjid”.

Berdoa kepada Allah SWT ketika terbenam matahari agar Dia memberi keupayaan dan taufik untuk bangun pada malam nya.

Wednesday, September 1, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

Alhamdulillah

31hb. Ogos 2010 (Selasa)
Bermula Jam 6:30 petang

SYUKUR majlis berbuka puasa anjuran KESUREP bertempat di Surau Al-Hadeed berjalan lancar seperti yang dijangkakan. Kehadiran tetamu dalam 300 orang memberi impak yang baru kepada pihak penganjur. Walaupun tahun sebelum ini kurang mendapat sambutan. Yang pentingnya makanan tidak membazir. Pihak penganjur telah mewar-warkan program sekitar Taman Perumahan seminggu lebih awal.

Ramadan Al-Mubarak

PENGHAYATAN Ramadan adalah manifestasi daripada kecintaan kita kepada perjuangan yang akan mendorong diri kita untuk melakukan yang terbaik bagi merealisasikan cita-cita Islam.

Kedatangan kita ke madrasah Ramadan untuk dijadikan sebagai premis jihad untuk kita menjelmakan akhlak dan perjuangan terbaik.

Dalam konteks Negara majmuk, akhlak dan keperibadian kita akan menjadi contoh dan teladan. Marilah kita bersama-sama meneguhkan itizam di bulan Ramadan ini untuk menjadikan diri kita pejuang-pejuang Islam yang komited dan berjiwa besar bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.