Monday, February 21, 2011

KEMALANGAN AZIZUL AWANG







Azizul selamat dibedah

TIADA lagi perlu dibimbangkan berhubung perkembangan terkini jaguh trek negara, Azizulhasni Awang apabila dilaporkan selamat menjalani pembedahan mengeluarkan kayu tertusuk menembusi betisnya kirinya di Hospital Manchester Royal Infirmary, semalam.
Dia dijangka akan keluar daripada hospital dan pulang ke tanah air hari ini.
Pegawai penyelaras sukan berbasikal Majlis Sukan Negara (MSN), Nor Azman Abu Kassim menerima perkhabaran itu daripada ketua jurulatih, John Beasley menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) yang memaklumkan, pembedah
Terlepas Kejohanan Dunia

PELUMBA harapan negara, Azizulhasni Awang terpaksa melupakan hasrat beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23-27 Mac ini selepas terbabit kemalangan ketika beraksi di siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.
Ketua Pegawai Institut Sukan Negara (ISN), Kate Wallis, mengesahkan Azizul kini berada di Hospital Manchester Royal Infirmary untuk rawatan lanjut “Doktor tidak izinkan Azizul terbang pulang bagi mengurangkan risiko kecederaan dan perlu berehat lima ke tujuh hari lagi sekaligus tidak dapat beraksi di Kejohanan Dunia bulan depan,” katanya.
“Azizul kini bersama dengan ketua jurulatih, John (Beasley) bagi memantau perkembangannya dan saya akan maklumkan perkembangan terkini Azizul,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan diterima Azizul akan menjalani pembedahan kecil pada jam 7 malam waktu Malaysia bagi mengeluarkan serpihan kayu itu dan turut dimaklumkan pelumba kelahiran Terengganu itu tiada mengalami sebarang komplikasi lain.
Kejadian malang itu berlaku ketika Azizul turun mempertahankan jersi putih selaku pendahulu ranking dalam acara akhir keirin terbabit kemalangan lima pelumba lain selepas pelumba dari Sepanyol, Juan Peralta Gascon memasuki lorongnya.

Kejadian itu mengakibatkan serpihan kayu veledrom sepanjang lapan ke sembilan inci tertusuk betisnya tetapi dia bangkit menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk membawa pulang pingat gangsa dalam perlumbaan dimenangi Chris Hoy dan perak, dimenangi Jason Niblett.

Pingat gangsa itu juga memastikan Azizul mengungguli ranking pertama siri klasik Piala Dunia selepas mengumpul 28 mata.

Athiyah pasrah



SEDIH, terharu dan bimbang kini membelenggu perasaan isteri pelumba basikal terbaik negara Azizulhasni Awang, Athiah Ilyana Abdul Samat selepas menerima perkhabaran dari Manchester berhubung kejadian kemalangan yang terjadi kepada suami tercinta.
Kegagalan bercakap dengan Azizul untuk mengetahui lebih lanjut keadaan terkini pelumba itu menambahkan kegusaran di hati Athiah atau lebih dikenali sebagai Tya.

“Saya menerima berita ini pagi tadi apabila dimaklumkan ibu mentua, Selamiah (Yong) berhubung keadaan Azizul. Memang sangat terkejut. Mungkin inilah petanda mimpi apabila saya bermimpi Azizul dan saya mengalami kemalangan.
“Bila melihat gambar Azizul tambah memeritkan hati dan saya hanya mampu berdoa agar semuanya selamat,” katanya.
Katanya, dia tidak menyangka sikap Azizul yang tiba-tiba tidak mahu membawa telefon bimbit bersama untuk pergi berlumba selain dia dan ibu mentua tidak boleh tidur ketika malam kejadian seperti memberi tanda sesuatu.

Tya berkata, semangat ditunjukkan Azizul yang cuba menamatkan perlumbaan hingga ke garisan penamat biarpun menahan kesakitan akibat tusukan kayu ke dalam betis Azizul amat memilukan dan komen dihantar peminat yang melabelkan Azizul sebagai pendekar dan berjuang demi negara membuatkan hatinya merasa terharu.

“Saya tahu semangat Azizul memang cukup kuat. Dia sanggup melakukan apa saja demi negara dan kariernya. Ikutkan hati mahu saja saya pergi ke Manchester untuk melihat keadaan sebenarnya. Mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya,” katanya.
Bagaimanapun, kesedihan Tya ditambah lagi apabila dimaklumkan Azizul bakal terlepas peluang beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini.

“Dia cakap kepada saya mahu beraksi dan menang di Kejohanan Dunia. Sedih sangat jika perkara itu tidak jadi kenyataan,” katanya.
Sementara itu, ibu Azizul, Selamiah berkata, dia terkejut apabila dihubungi Ketua Pengarah Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad.

“Itulah yang sering saya bimbangkan iaitu kecederaan kerana Azizul masih mempunyai impian yang belum terlaksana iaitu beraksi di Olimpik. Menang atau kalah itu tidak penting.
“Saya harap Azizul kuatkan semangat dan dapat kembali ke Malaysia dengan segera untuk menjalani rawatan di sini,” katanya.

No comments:

Post a Comment