Monday, June 24, 2013

KEMAMAN BIKERS COMMUNITY (KESUREP) XPDC KE GUNUNG LEDANG

21hb – 22hb Jun 2013 (Jumaat & Sabtu) – KBC telah mengadakan XPDC kali ke 3 dengan penyertaan 47 buah motor dan 51 orang peserta dan sebuah Hilux yang mendaftar. Yuran yang dikenakan RM50.00 bagi yang menyertai XPDC kali ini. Peserta yang meyertai XPDC kali ini secara langsung menjadi ahli kelab KBC. KBC memberi saguhati seperti baju T-Shirt, pelekat KBC dan akan disusuli kad keahlian yang masih dalam proses. Jadi daftarlah segera untuk dapatkan saguhati ini sementara simpanan baju masih ada. Antara yang menarik sepanjang XPDC ke Gunung Ledang akan penulis catatkan kembali sebagai kenangan KBC. Bermula pam minyak Shell Cendor jam 8.15 pagi Jumaat tayar KBC terus memusing sehingga pam minyak Caltex simpang Gambang. Seterusnya persinggahan di pam minyak Muadzam. Kerosakan motor Virago menjadi pusingan tayar KBC terbantuk dan motor terpaksa ditinggalkan. Di kawasan kg. pemanis motor ex5 pula bocor. Setelah semua selesai tayar peserta KBC berpusing menuju ke lokasi seterusnya untuk mencari tempat solat Jumaat dan persinggahan chek point ke 4 di persimpangan Segamat. Perjalanan diteruskan lagi sehingga di Jementah kerosakan 2 buah motor TZM kerana tayar pecah dan coil api. Akhirnya tayar KBC sampai juga di Gunung Ledang Jam 4.30 petang. Aktiviti malam dimulakan dengan solat maghrib berjemaah di surau. Agihan tugas AJK dilakukan untuk kelancaran aktiviti seterusnya. 3 orang ditugaskan membeli nasi goreng, air batu dan membuat tempahan nasi lemak untuk pagi besoknya (AJK mohon maaf keana tidak dapat menyediakan buah durian kerana harganya terlalu mahal RM25per/kg). Peserta dan AJK yang lain ditugaskan menyediakan masakan BBQ dan air minuman. Wayang pacak juga disediakan. Program malam berakhir jam 12 malam seterusnya aktiviti bebas. 22hb. Sabtu - Seawal jam 6.45 pagi peserta sudah menunggu aktiviti bola tampar dalam air. Pemainan ini berakhir jam 9.30 pagi untuk bersarapan. Peserta diminta bersiap jam 11 pagi untuk bertolak ke Kemaman. Setelah semua selesai, tayar KBC berpusing menuju ke Segamat untuk point pertama pam minyak Petronas. Motor RXz mengalami kerosakan shaft softball belakang tercabut bolt. Tayar KBC berpusing lagi menuju ke point ke 2 untuk makan tengahari dan solat di Muadzam, pam minyak Shell. Dalam perjalanan ini motor 125z mengalami kerosakan bearing spocket dan rantai putus. Selepas itu motor TZM kerosakan coil api. Ke dua-dua motor ini ditunda sehingga ke bengkel Muadzam. Setelah motor virago dalam ujian pemanduan lulus, motor 125z siap dibaiki, motor TZM terpaksa diusung menaiki Hilux kerana sparepart tiada. Point seterusnya pam minyak Caltex sebelum di persimpangan Gambang. Point seterusnya di RR Kuantan untuk solat maghrib. Tayar KBC berpusing lagi menuju point terakhir di Restoran depan pam minyak Shell Cendor. Tetapi apalah nasib badan di Plaza Tol Jabor, 2 peserta KBC kena saman Polis trafik Kuantan kerana ketiadaan lesen memandu, plate motor kecil dan gagal pamer cukai jalan. Dalam kesedihan tayar KBC berpusing jarak 100 meter, motor 125z kerosakan enjin pula. Terpaksa menaiki Hilux dan TZM terpaksa diturunkan dengan keadaan operasi kelajuannya 70km/j. Perkara sebeginilah menjadi satu kesedihan kepada AJK kerana peserta menipu dalam pengisian borang XPDC. Tindakan pihak AJK akan membuat ketegasan dalam XPDC seterusnya dengan meneliti keadaan motor, lesen memandu dan cukai jalan motor peserta. Inilah pengajaran kepada AJK dan peserta XPDC apabila mengambil ringan. XPDC seterusnya dijangka ke Pasir Putih Kelantan, Air Terjun Jeram Linang pada bulan Oktober. Semoga AJK dan peserta tayar KBC bersedia lebih awal. Terima Kasih.

Sunday, June 2, 2013

XPDC KE GUNUNG LEDANG

Kemaman Bikers Community akan mengadakan XPDC kali ke 3. Kali pertama di Air Terjun Sekayu dan kali ke duanya di Endau Johor.Tempat kali ini adalah ke Gunung Ledang dengan peyertaan terhad kepada 52 orang termasuk dengan AJK. Tarikhnya pada 21 dan 22 Jun 2013 (Jumaat dan Sabtu). Yuran penyertaan RM40 seorang dan RM10 untuk pendaftaran ahli kelab. Pihak penganjur akan menyediakan tempat penginapan dan makan minum. Peserta akan menerima sehelai T-Shirt kelab sebagai saguhati. Kelab ini dibawah naungan KESUREP. Daftarlah segera dengan berjumpa Encik Amran 019-9896682.

JAMBOREE KEMAMAN 2013

1 Jun 2013 acara MTB atas trek road dan off road 45km secara kesuluruhannya. Bermula daripada padang Astaka Bandar Cukai Kemaman melalui Jalan Air Putih menuju ke Kolej Teknik memasuki jalan Off Road sehingga bertemu Kampung Padang Limau Ibok seterusnya menghala ke Bukit Takal dan memasuki jalan Off Road di paip gas petronas menuju ke Pasir Minal dan seterusnya penamat di padang Astaka semula. Seramai 1000 orang telah mendaftar untuk menyertainya termasuk wanita. Penganjur kali ini di monopoli oleh Polis Daerah Kemaman. Pelepasan perlumbaan dilakukan jam 8 pagi oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu. Tempat pertama hingga ke 10 medal untuk lelaki dan wanita diberikan disamping medal penamat setiap peserta. Apa yang menariknya bukan hadiah pemenang yang sangat ditunggukan tetapi cabutan bertuah sebanyak 180 barangan yang menanti peserta. Bermula barangan bernilai RM50 sehingga RM10k iaitu sebuah basikal bernilai RM10 ribu sebuah. Walaupun pada keseluruhannya hanya lebih kurang 500 orang sahaja yang boleh menamatkan trek ini yang bakinya terpaksa diusung dengan 4x4 kerana cedera dan basikal rosak. Masa yang dibenarkan oleh pihak penganjur selama 3 jam sahaja. Masa yang terpantas telah dicatat oleh anak tempatan Kemaman iaitu 1 jam 40 minit yang meninggal jauh rakan yang lain 1 jam 45 minit bagi pemenang yang kedua. Keseluruhan trek ini boleh dilalui kenderaan 4x4. Ada salah seorang peserta yang sempat penulis rakamkan gambarnya adalah pelajar tingkatan 3 bertubuh kecil yang telah mendapat nombor 11 ataupun nombor 12. Tahniah penulis ucapkan kerana telah ada bakat baru pelumba basikal dalam daerah kemaman.

KAYUHAN CINTAI KEMAMAN

1 Mei 2013 Rabu sejauh 15km Team MTB Perwaja bersama-sama lebih kurang 500 orang penduduk setempat dan pelajar bersama calon YB mengelilingi Bandar Cukai. Program yang dikendalikan Belia Kemaman.