Monday, June 24, 2013

KEMAMAN BIKERS COMMUNITY (KESUREP) XPDC KE GUNUNG LEDANG

21hb – 22hb Jun 2013 (Jumaat & Sabtu) – KBC telah mengadakan XPDC kali ke 3 dengan penyertaan 47 buah motor dan 51 orang peserta dan sebuah Hilux yang mendaftar. Yuran yang dikenakan RM50.00 bagi yang menyertai XPDC kali ini. Peserta yang meyertai XPDC kali ini secara langsung menjadi ahli kelab KBC. KBC memberi saguhati seperti baju T-Shirt, pelekat KBC dan akan disusuli kad keahlian yang masih dalam proses. Jadi daftarlah segera untuk dapatkan saguhati ini sementara simpanan baju masih ada. Antara yang menarik sepanjang XPDC ke Gunung Ledang akan penulis catatkan kembali sebagai kenangan KBC. Bermula pam minyak Shell Cendor jam 8.15 pagi Jumaat tayar KBC terus memusing sehingga pam minyak Caltex simpang Gambang. Seterusnya persinggahan di pam minyak Muadzam. Kerosakan motor Virago menjadi pusingan tayar KBC terbantuk dan motor terpaksa ditinggalkan. Di kawasan kg. pemanis motor ex5 pula bocor. Setelah semua selesai tayar peserta KBC berpusing menuju ke lokasi seterusnya untuk mencari tempat solat Jumaat dan persinggahan chek point ke 4 di persimpangan Segamat. Perjalanan diteruskan lagi sehingga di Jementah kerosakan 2 buah motor TZM kerana tayar pecah dan coil api. Akhirnya tayar KBC sampai juga di Gunung Ledang Jam 4.30 petang. Aktiviti malam dimulakan dengan solat maghrib berjemaah di surau. Agihan tugas AJK dilakukan untuk kelancaran aktiviti seterusnya. 3 orang ditugaskan membeli nasi goreng, air batu dan membuat tempahan nasi lemak untuk pagi besoknya (AJK mohon maaf keana tidak dapat menyediakan buah durian kerana harganya terlalu mahal RM25per/kg). Peserta dan AJK yang lain ditugaskan menyediakan masakan BBQ dan air minuman. Wayang pacak juga disediakan. Program malam berakhir jam 12 malam seterusnya aktiviti bebas. 22hb. Sabtu - Seawal jam 6.45 pagi peserta sudah menunggu aktiviti bola tampar dalam air. Pemainan ini berakhir jam 9.30 pagi untuk bersarapan. Peserta diminta bersiap jam 11 pagi untuk bertolak ke Kemaman. Setelah semua selesai, tayar KBC berpusing menuju ke Segamat untuk point pertama pam minyak Petronas. Motor RXz mengalami kerosakan shaft softball belakang tercabut bolt. Tayar KBC berpusing lagi menuju ke point ke 2 untuk makan tengahari dan solat di Muadzam, pam minyak Shell. Dalam perjalanan ini motor 125z mengalami kerosakan bearing spocket dan rantai putus. Selepas itu motor TZM kerosakan coil api. Ke dua-dua motor ini ditunda sehingga ke bengkel Muadzam. Setelah motor virago dalam ujian pemanduan lulus, motor 125z siap dibaiki, motor TZM terpaksa diusung menaiki Hilux kerana sparepart tiada. Point seterusnya pam minyak Caltex sebelum di persimpangan Gambang. Point seterusnya di RR Kuantan untuk solat maghrib. Tayar KBC berpusing lagi menuju point terakhir di Restoran depan pam minyak Shell Cendor. Tetapi apalah nasib badan di Plaza Tol Jabor, 2 peserta KBC kena saman Polis trafik Kuantan kerana ketiadaan lesen memandu, plate motor kecil dan gagal pamer cukai jalan. Dalam kesedihan tayar KBC berpusing jarak 100 meter, motor 125z kerosakan enjin pula. Terpaksa menaiki Hilux dan TZM terpaksa diturunkan dengan keadaan operasi kelajuannya 70km/j. Perkara sebeginilah menjadi satu kesedihan kepada AJK kerana peserta menipu dalam pengisian borang XPDC. Tindakan pihak AJK akan membuat ketegasan dalam XPDC seterusnya dengan meneliti keadaan motor, lesen memandu dan cukai jalan motor peserta. Inilah pengajaran kepada AJK dan peserta XPDC apabila mengambil ringan. XPDC seterusnya dijangka ke Pasir Putih Kelantan, Air Terjun Jeram Linang pada bulan Oktober. Semoga AJK dan peserta tayar KBC bersedia lebih awal. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment