Sunday, July 14, 2013

AMBIL LESEN MOTOR BESAR B0

13 Julai 2013 – Sabtu. KRU Marshall KBC (Kemaman Bikers Community) berpeluang menjejak kaki ke Pusat Latihan Memandu Ganda Semangat (Asia) di Rusila Marang Terengganu. Seramai 6 orang telah hadir dan menjalani latihan pratikal Virago 535. Alhamdulillah selama 3 jam berada diatas motor. Pada peringkat awal nampak gaya semuanya lulus. Kedatangan kami disambut Cikgu Wan Mohd Nasir setelah dibuat temujanji sebelum ini. Beliau secara ringkas menerangkan kedudukan Pusat latihan Memandu Ganda Semangat dan cara-cara menunggang motor besar didalam trek semasa latihan. Setelah selesai penerangan hampir satu jam, beliau membawa kami ke pejabat pendaftaran untuk masuk trek latihan. Cikgu Ameer dan Cikgu Wan Mohd Nasir selaku tenaga pengajar memberi peluang kepada kami selama mana yang kami mampu untuk berada ditrek ini. Dengan cuaca yang panas tambahan pula bulan ramadhan dugaan terpaksa kami tempuhi. Jam 2 petang kami berehat sekejap untuk solat jamak. Tapi keputusan yang kami buat ialah untuk balik semula ke kemaman. 2 daripada kami menyambung kembali latihan sehingga jam 3.30 petang. Kepada mereka yang berminat untuk memiliki lesen motor besar boleh berhubung terus dengan Cikgu Wan Mohd Nasir 013-9852038 dengan harga promosi yang cukup menarik Rm380 sahaja. Tetapi anda harus ingat tempuh promosi sehingga 15 Julai 2013 sahaja. Tetapi anda masih layak lagi untuk mendaftar dengan harga promosi ini dengan cara telephone Cikgu Wan Mohd Nasir segera. Dapatkan butiran yang jelas daripadanya.

Monday, June 24, 2013

KEMAMAN BIKERS COMMUNITY (KESUREP) XPDC KE GUNUNG LEDANG

21hb – 22hb Jun 2013 (Jumaat & Sabtu) – KBC telah mengadakan XPDC kali ke 3 dengan penyertaan 47 buah motor dan 51 orang peserta dan sebuah Hilux yang mendaftar. Yuran yang dikenakan RM50.00 bagi yang menyertai XPDC kali ini. Peserta yang meyertai XPDC kali ini secara langsung menjadi ahli kelab KBC. KBC memberi saguhati seperti baju T-Shirt, pelekat KBC dan akan disusuli kad keahlian yang masih dalam proses. Jadi daftarlah segera untuk dapatkan saguhati ini sementara simpanan baju masih ada. Antara yang menarik sepanjang XPDC ke Gunung Ledang akan penulis catatkan kembali sebagai kenangan KBC. Bermula pam minyak Shell Cendor jam 8.15 pagi Jumaat tayar KBC terus memusing sehingga pam minyak Caltex simpang Gambang. Seterusnya persinggahan di pam minyak Muadzam. Kerosakan motor Virago menjadi pusingan tayar KBC terbantuk dan motor terpaksa ditinggalkan. Di kawasan kg. pemanis motor ex5 pula bocor. Setelah semua selesai tayar peserta KBC berpusing menuju ke lokasi seterusnya untuk mencari tempat solat Jumaat dan persinggahan chek point ke 4 di persimpangan Segamat. Perjalanan diteruskan lagi sehingga di Jementah kerosakan 2 buah motor TZM kerana tayar pecah dan coil api. Akhirnya tayar KBC sampai juga di Gunung Ledang Jam 4.30 petang. Aktiviti malam dimulakan dengan solat maghrib berjemaah di surau. Agihan tugas AJK dilakukan untuk kelancaran aktiviti seterusnya. 3 orang ditugaskan membeli nasi goreng, air batu dan membuat tempahan nasi lemak untuk pagi besoknya (AJK mohon maaf keana tidak dapat menyediakan buah durian kerana harganya terlalu mahal RM25per/kg). Peserta dan AJK yang lain ditugaskan menyediakan masakan BBQ dan air minuman. Wayang pacak juga disediakan. Program malam berakhir jam 12 malam seterusnya aktiviti bebas. 22hb. Sabtu - Seawal jam 6.45 pagi peserta sudah menunggu aktiviti bola tampar dalam air. Pemainan ini berakhir jam 9.30 pagi untuk bersarapan. Peserta diminta bersiap jam 11 pagi untuk bertolak ke Kemaman. Setelah semua selesai, tayar KBC berpusing menuju ke Segamat untuk point pertama pam minyak Petronas. Motor RXz mengalami kerosakan shaft softball belakang tercabut bolt. Tayar KBC berpusing lagi menuju ke point ke 2 untuk makan tengahari dan solat di Muadzam, pam minyak Shell. Dalam perjalanan ini motor 125z mengalami kerosakan bearing spocket dan rantai putus. Selepas itu motor TZM kerosakan coil api. Ke dua-dua motor ini ditunda sehingga ke bengkel Muadzam. Setelah motor virago dalam ujian pemanduan lulus, motor 125z siap dibaiki, motor TZM terpaksa diusung menaiki Hilux kerana sparepart tiada. Point seterusnya pam minyak Caltex sebelum di persimpangan Gambang. Point seterusnya di RR Kuantan untuk solat maghrib. Tayar KBC berpusing lagi menuju point terakhir di Restoran depan pam minyak Shell Cendor. Tetapi apalah nasib badan di Plaza Tol Jabor, 2 peserta KBC kena saman Polis trafik Kuantan kerana ketiadaan lesen memandu, plate motor kecil dan gagal pamer cukai jalan. Dalam kesedihan tayar KBC berpusing jarak 100 meter, motor 125z kerosakan enjin pula. Terpaksa menaiki Hilux dan TZM terpaksa diturunkan dengan keadaan operasi kelajuannya 70km/j. Perkara sebeginilah menjadi satu kesedihan kepada AJK kerana peserta menipu dalam pengisian borang XPDC. Tindakan pihak AJK akan membuat ketegasan dalam XPDC seterusnya dengan meneliti keadaan motor, lesen memandu dan cukai jalan motor peserta. Inilah pengajaran kepada AJK dan peserta XPDC apabila mengambil ringan. XPDC seterusnya dijangka ke Pasir Putih Kelantan, Air Terjun Jeram Linang pada bulan Oktober. Semoga AJK dan peserta tayar KBC bersedia lebih awal. Terima Kasih.

Sunday, June 2, 2013

XPDC KE GUNUNG LEDANG

Kemaman Bikers Community akan mengadakan XPDC kali ke 3. Kali pertama di Air Terjun Sekayu dan kali ke duanya di Endau Johor.Tempat kali ini adalah ke Gunung Ledang dengan peyertaan terhad kepada 52 orang termasuk dengan AJK. Tarikhnya pada 21 dan 22 Jun 2013 (Jumaat dan Sabtu). Yuran penyertaan RM40 seorang dan RM10 untuk pendaftaran ahli kelab. Pihak penganjur akan menyediakan tempat penginapan dan makan minum. Peserta akan menerima sehelai T-Shirt kelab sebagai saguhati. Kelab ini dibawah naungan KESUREP. Daftarlah segera dengan berjumpa Encik Amran 019-9896682.

JAMBOREE KEMAMAN 2013

1 Jun 2013 acara MTB atas trek road dan off road 45km secara kesuluruhannya. Bermula daripada padang Astaka Bandar Cukai Kemaman melalui Jalan Air Putih menuju ke Kolej Teknik memasuki jalan Off Road sehingga bertemu Kampung Padang Limau Ibok seterusnya menghala ke Bukit Takal dan memasuki jalan Off Road di paip gas petronas menuju ke Pasir Minal dan seterusnya penamat di padang Astaka semula. Seramai 1000 orang telah mendaftar untuk menyertainya termasuk wanita. Penganjur kali ini di monopoli oleh Polis Daerah Kemaman. Pelepasan perlumbaan dilakukan jam 8 pagi oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu. Tempat pertama hingga ke 10 medal untuk lelaki dan wanita diberikan disamping medal penamat setiap peserta. Apa yang menariknya bukan hadiah pemenang yang sangat ditunggukan tetapi cabutan bertuah sebanyak 180 barangan yang menanti peserta. Bermula barangan bernilai RM50 sehingga RM10k iaitu sebuah basikal bernilai RM10 ribu sebuah. Walaupun pada keseluruhannya hanya lebih kurang 500 orang sahaja yang boleh menamatkan trek ini yang bakinya terpaksa diusung dengan 4x4 kerana cedera dan basikal rosak. Masa yang dibenarkan oleh pihak penganjur selama 3 jam sahaja. Masa yang terpantas telah dicatat oleh anak tempatan Kemaman iaitu 1 jam 40 minit yang meninggal jauh rakan yang lain 1 jam 45 minit bagi pemenang yang kedua. Keseluruhan trek ini boleh dilalui kenderaan 4x4. Ada salah seorang peserta yang sempat penulis rakamkan gambarnya adalah pelajar tingkatan 3 bertubuh kecil yang telah mendapat nombor 11 ataupun nombor 12. Tahniah penulis ucapkan kerana telah ada bakat baru pelumba basikal dalam daerah kemaman.

KAYUHAN CINTAI KEMAMAN

1 Mei 2013 Rabu sejauh 15km Team MTB Perwaja bersama-sama lebih kurang 500 orang penduduk setempat dan pelajar bersama calon YB mengelilingi Bandar Cukai. Program yang dikendalikan Belia Kemaman.

Tuesday, April 9, 2013

MTB Jamboree in Kemaman

ATTENTION ALL REGISTRATION STILL OPEN. RM50 BEFORE 4/4/2013 AND RM60 STARTING 5/4/2013 TILL 28/04/2013 (CLOSED REGISTRATION DATE) Assalamualaikum and Salam Sejahtera Hi riders. Jasin Bikerz will be organizing the first MTB Jamboree in Kemaman, Terengganu this coming May collaboration with Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman and in conjunction with Visit Terengganu 2013. This event will be schedule on the 4th of May 2013 at Taman Padang Bandar Kemaman Terengganu. (located in front of IPD Kemaman). Flag off time will be at 0800hrs sharp. Detail of the trail will be 30% road and 70% off road with rideable trail for intermidiate rider and for large scale of participants. As our previous concept to practise Mountain Bike Jamboree so there will be no category for this event. But ranking and medal will be given to all finisher. We promise to bring you mountain biking excitement as we done it previously. We have now open our registration. Download our registration form here. We will see you at Kemaman. Thank You. Details of event Date: 04th May 2013 Flag Off time: 0800hrs Venue: Taman Padang Bandar Kemaman Distance: 45km +- Registration Closing Date: 04/04/13 (early)-25/04/13 (late) Entry Fee: RM50 for early birds Contact Person: Muhd Rizal Azis (Jai) 012-6732973 (call/sms/whatsapp) Account: Mohd Zalix Abd Karim Maybank 154026687621 Payment Instruction: 1. Bank in your entry fee RM50 to the selected account 2. Email your bank slip together with your registration form to jasinbikerz@gmail.com 3. Check your name at riders list http://kemamanjamboree2013.blogspot.com/ 4. Bring along your registration form and bank slip during goody bags collection day or on event date For your information, trail info will be uploaded soon for elevation and photos only. Any information regarding this event we will announce it in our blog http://kemamanjamboree2013.blogspot.com/ Facebook event http://www.facebook.com/events/111397902364958/ Jasin Bikerz facebook http://www.facebook.com/jasin.bikerz Jasin Bikerz Melaka Tengah facebook http://www.facebook.com/jasin.melakatengah Download registration form here Thank you very much. Kemaman Jamboree 2013 T-Shirt AFTER PRINTING More lucky draw prizes Trail elevation profile Posted by Jasin Bikerz Jamboree at 01:04 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Location: Kemaman, Malaysia WEDNESDAY, 26 DECEMBER 2012 Registration is now OPEN!!!!! Download registration form at the above link. Tq List of homestays in Kemaman

Saturday, March 30, 2013

INFO UNTUK BIKERS

Salam/Salam sejahtera... Anda mengidam nak pakai moto beso? pastu nak beli murah2 yang dari luar negara cam Singapura n Thailand? Aku ada info berguna yang aku copy n paste dari Pielangbikers.com untuk dikongsi bersama... jom usya.. INFO BERGUNA utk bikers..just share... Baca hingga habis utk diri anda dan rakan taulan.. Untuk pengetahuan semua Kerajaan Malaysia TIDAK pernah mengeluarkan AP untuk ASEAN COUNTRY Jadi sebarang pembelian kenderaan dari Singapore, Thailand, Brunei,Indonesia, adalah tidak sah......Sepanjang sy menyertai Kelab Motosiakal Kastam selangor ....Telah banyak motosikal singapore yang mereka rampas....yang kena tahan dan denda sbnyk rm 5k......Semua kenderaan Singapore/Thailand yang di beli oleh rakyat malaysia adalah menyalahi undang2 Malaysia.....Untuk lebih menyakin kan tuan2 sekelian...eloklah pergi kemana mana pejabat kastam seluruh malaysia......dan tanyakan pada mereka mengenai pembeliaan kenderaan dari Singapore.... Fikirlah sebelum melabur wang yang banyak...jangan nanti untung secupak rugi segantang... kedua: Langkawi n Simgapore adelah berbeza....Langkawi adalah sebahagian malaysia....yang boleh bawak kat Semenanjung selama 3 bulan tu adalah penduduk Langkawi....tp lps 3 bulan di kena masuk balik ke Langkawi....Ini boleh di buat dlm setahun. Kalau kita duk kat semenanjung boleh beli keta langkawi..tp kena la pakai alamat langkawi...lps 3 bulan kena masuk balik Langkawi. Yang kes Kenderaan Singapore (kereta/motor).....Rakyat Malaysia boleh beli kenderaan Singapore....kerajaan Singapore x der masaalah....asalkan document cukup bg pihak Singapore.....Lepas beli kita nk bawak masuk Malaysia kena lalu kat Kastam....Kastam akan tanya mana AP. AP ni hanya boleh diperolihi d MITI (kementrian perdagangan)....Kalo x der AP..maka kastam akan rampas kenderaan tersebut.....pembeli akan ditahan dan dikompaun sebanyak rm 5,000.00 atau sekiranya di bawa ke mahkamah maka dendanya ada lah 20kali harga kenderaan tersebut. Kalau kita pegi ke kementerian perdagangan dan nk mintak AP...lupakan saja....AP hanya di keluarkan pada i). Pelajar yang belajar di luarnegara.....ii) pekerja yang bekerja di luar negara.... iii) Syarikat pengimpot kenderaan....Kalau kita saje2 nk mintak AP sbb nk beli kenderaan Singapore....LUPERKAN. Kes motor singapore yang berlambak2 kat malaysia ceritanya cam ni... Rakyat Singapore adalah digalakkan melupuskan kenderaan selepas 5tahun....kenderaan yang lebih 5 tahun tp jika masih hendak di gunakan maka insuren nya terlalu tinggi....boleh mencapai 500%. Jadi mereka terpaksa melupuskan kenderaan tersebut....dan membeli kenderaan baru yang mana kenderaan baru tersebut akan diberi rebet.oleh kerajaan mereka...dah la motor dia orang murah....dapat ribet pulak...Jadi lebih menguntungkankalu dia orang lupuskan kenderaan tersebut..... Jadi...dengan kesempatan ini ada satu sendikit di Jb buat bisnes dengan membeli kenderaan ni dan jual di Malaysia......Caranya.....Sendikit ni akan menghubungi rakyat singapore nk nak jual kenderaan yang dah dilupuskan dengan harga yang amat murah.....rakyat singapore ni akan bawak masuk Malaysia kenderaan ni..dn jual pada sendikit..... Sendikit ni akan membuat document palsu (Document asal telah di ambil oleh kerajan Singapore.)...Dan jual pada kita....Pernah terjadi pada seorang kawan sy yang beli moto Singapore....selepas beli beliau pegi Singapore ...Semasa nak melepasi kastam Singapore...dia kenatahan oleh kastam Singapore.....Kesalahannya adalah memiliki motosikal yang telah tidak ujud di Singapore. Beliau kena tahan semalam dn di denda sebanyak 2,500.00sing...motor kena rampas. yang beli moto Singapore n duk Kat Malaysia......Kastam malaysia sentiasa mengadakan operasi mencari kereta/moto singapore......maklumat yang saya terima dari kastam...sesiapa yang boleh memberi maklumat hingga tertangkapnyer kenderaan singapore...maka pemberi maklumat tu akan memperolihi 10% dari harga lelong kenderaan tersebut....sbb tu dia orang yang beli moto s,pore ni akan bertempiaran lari kalau nampak skuad pencegah kastam.....mengapa dia org lari?......sbb mereka tau mereka beli secara haram. Secara logiknye....Kalau benarlah moto singapore boleh digunakan secara sah dn didaftarkan di Malaysia maka x kan ada kedai2 motosikal sbk di malaysia...nk wat aper beli R1 70/80k..sedangkan kalu beli mtr singapore cumer 30/40 k saja....Pikir2kan lah....Wassallam. P/s: Diharapkan memana bikers yang telahpun membeli moto dari negara jiran yang tidak sama sekali bersetuju dengan kenyataan ini silalah komen untuk pencerahan dan info kepada rakan yang lain.

Sunday, February 24, 2013

KEMAMAN BIKERS CLUB - KBC

Matlamat Penubuhan KEMAMAN BIKERS CLUB - KBC Matlamat utama penubuhan kelab ini ialah untuk membantu ahli melibatkan diri dalam aktiviti permotoran secara sihat dan membantu ahli memiliki motosikal dengan hanya melakukan 2 perkara; 1. Menjadi ahli kelab ini dan 2. Mengenalkan rakan-rakan yang berminat untuk sama-sama menjadi ahli kelab. Adalah diharapkan dengan kaedah ini, lebih ramai orang mampu memiliki motosikal tanpa perlu membayar kos belian yang semakin tinggi sekarang ini. Semoga dengan adanya aktiviti tersebut, ahli-ahli kelab tidak menambah kepada statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Aktiviti Kelab Aktiviti KBC terbahagi kepada 3, Aktiviti Bermotosikal, Panduan Penyelenggaraan Motosikal dan Kursus-kursus yang berkaitan. Aktiviti Luar Beberapa aktiviti akan dianjurkan dari masa ke semasa bergantung kepada minat dan permintaan daripada ahli-ahli sendiri. Di antara aktiviti tetap ialah konvoi dan klinik kaedah menunggang yang selamat. Panduan Penyelenggaraan Motosikal Secara berkala, KBC akan mengadakan sesi tersebut yang akan dikendalikan oleh pakar yang akan memberikan penerangan mengenai fungsi dan cara-cara yang betul untuk menyelenggara enjin dan bahagian-bahagian yang penting pada motosikal ahli. Kursus Beberapa kursus, samada dalam dewan atau di lokasi, akan dianjurkan untuk manfaat ahli. Tujuan kursus-kursus ini dijalankan adalah; 1. Mendedahkan teknik menunggang yang betul demi keselamatan ahli dan pembonceng, 2. Penggunaan topi keledar yang sesuai dan diiktiraf, 3. Panduan dan tunjuk ajar dari profesional sebelum menyertai aktiviti berkonvoi. Keahlian Keahlian adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti-aktiviti bermotosikal tanpa ada had umur atau jantina. Bayaran keahlian adalah RM30.00 sahaja tanpa ada apa-apa yuran bulanan. Pendaftaran boleh dilakukan dengan menggunakan borang yang boleh didapati dengan Encik Amram Faedah Ahli Faedah utama yang akan dinikmati oleh ahli ialah terkumpulnya rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama di ruangan maya tanpa ada sempadan negeri. Sudah pasti semua aktiviti bermotosikal yang dirancang memerlukan kewangan samada untuk membeli motosikal, alat ganti, mengambil bahagian dalam konvoi dan sebagainya. Di sinilah letaknya keistimewaan keahlian KBC. Dengan keahlian yang bertambah dari masa ke semasa, kelab akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli dan semua kemudahan dan faedah akan disiarkan di dalam blog ini. Ahli dinasihatkan selalu melihat blog ini untuk maklumat dan berita-berita terkini. Hubungi kami Encik Amram Ref Tel. 019-989 6682 Encik Din Tel: ext HSE. 243

Monday, February 11, 2013

KEMAMAN BIKERS CLUB KEMAMAN - ENDAU

KEMAMAN BIKERS CLUB – 8 Feb 2013 dengan bangganya dapat mencapai kejayaan setelah Berjaya menakluki Pasir Lanun di Endau Johor. Sebanyak 43 buah motor, sebuah kereta dan sebuah 4x4 trinton menyertai XPDC ini. XPDC ini adalah kali ke 2 bagi KBC selepas kali pertamanya ke Sekayu Hulu Terengganu. Target XPDC seterusnya ke Gunung Ledang pada 31 Mei. Kepada yang berminat untuk menyertainya sila berhubung dengan Encik Amran. KBC membuka ruang kepada peminat untuk menjadi ahli dengan bayaran RM30. Peserta akan mendapat kad ahli kelab dan sehelai T-shirt berlambangkan KBC.

Thursday, July 26, 2012

WARGAKILANG: Bantuan Ramadhan di Kemaman Terengganu

Baru-baru ini saya ada terdengar tazkirah seorang Ustaz yang memetik kata-kata Orang Alim, katanya: Kalau Allah SWT hendak memberi kebaikan kepada seseorang itu, tambah-tambah pula di bulan ramadhan ini, maka Allah SWT akan jadikan orang itu sibuk dengan urusan/kerjabuat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebajikan. Sebab itu, bila ada seorang sahabat dari Terengganu hantar email ajak Jalan-Jalan Masuk Kg bagi sumbangan kepada orang-orang miskin di sana; walau pun ambik masa 7 jam perjalanan dari Kedah ke Tganu, tapi sebab dok ingatkan tazkirah Ustaz tadi, saya gagahkan juga diri untuk turun ke Kemaman, Terangganu hari Sabtu 28 Julai ini. Mudah-mudahan ada kebaikannya menanti di sana. Sebut pasal Kemaman, kalau kita google Internet bab Isu Kemiskinan di Malaysia, Daerah Kemaman sama naiknya dengan Baling, daerah kelahiran saya di Kedah sana. Kedua-dua daerah ini termasuk dalam kawasan kajian awal kemiskinan di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Aziz di sekitar tahun 60an dulu. Secara kebetulan orang rumah saya orang Kemaman, lahir dan dibesarkan dalam keluarga Nelayan yang serba kekurangan. Maka bila anak Penoreh Getah dari Baling Kedah bertemu jodoh dengan anak Nelayan dari Kemaman, Terengganu; kisah kemiskinan terus menjadi sebahagian daripada sejarah keturunan kami. Mungkin kerana kami berdua pernah hidup dalam kemiskinan agaknya, maka bila ada kawan ajak turun padang bantu orang miskin, mudah saja kami berbuat demikian. 1. Rumah pusaka arwah mak/pak mertua saya di Kemaman – tidak ada lagi adik beradik yang tinggal di sini setelah masing-masing berkeluarga. Semua sekali, insyaallah ada 20 buah keluarga miskin yang bakal menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menempuh saki baki baki Ramadhan yang tinggal. 2. Melihat gambar anak kecil ini mengingatkan isteri saya dirinya sewaktu kanak-kanak tatkala menanti kepulangan arwah ayahnya dari laut - entah kan pulang entah kan tidak!. 3. Dua anak kecil ini girang bermain di sebalik kain langsir yang sudah luntur di rumah papan berdinding kayu plywood using. Ibunya hanya bergantung kepada upah siang ikan sekilo 60 sen untuk makan minum mereka sehari-hari. Bayangkan kalau nak beli beras 10kilo RM25, kena siang 40 kilo ikan!! – orang macam mereka ini, kalau ada orang boleh bagi beras, pasti amat-amat menghargainya. 4. Ini pula adalah rumah typical kaum Nelayan di Kuala Kemaman, insyaallah antara yang tersenarai dalam list penerima sumbangan nanti. (Rumah berbumbung dan berdinding Zink Usang dihadang dengan kain/kanvas) 5. Lantai rumah serupa sahaja luar dan dalam. 6. Menunggu masa menyembah bumi) 7. Makcik Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami sewaktu Team NGO Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan. 8. Menurut sahabat kami, keluarga ini adalah yang paling daif antara semua. Ayah bekerja tidak menentu, anak-anak 4 orang. Si kecil ini OKU. Ibunya pula walau pun baru 40an tapi raut wajah nampak macam orang berusia 60n, mungkin kurang zat makanan agaknya. Keluarga ini tinggal di sebuah rumah kedai zaman dulu-dulu, amat usang seperti sebuah gudang lama, tak sangka ada orang boleh tinggal dalam gudang macam ini, dengan lantai simen lama sudah nipis hampir menyamai lantai tanah. Insyaallah kami akan ke sana nanti. Akhir sekali adalah dalam gambar seorang Ibu Tunggal anak 5; bila tengok gambar dia, terus saya teringatkan kisah seorang Ibu Tunggal di Baling, Kedah bernama Kak Mazni yang pernah kami bantu suatu ketika dulu. Apa tidaknya, sampai mati pun saya tak akan lupakan Kak Mazni – beliau menangis teresak esak bila saya hulurkan Duit Note RM50. Dia kata, “Terima kasih lah adik, terima kasih banyak-banyak (sambil menangis tersedu-sedu), orang ingat kakak ni senang, kakak ada duit, walhal anak-anak kakak pergi sekolah tak makan apa, tak bawa duit…” Sungguh saya tak sangka RM50 itu bagi sesetengah orang cuma untuk sekali bubuh minyak kereta saja, tapi bagi Kak Mazni besar nilainya. Macam itu juga dengan Kakak dalam gambar di bawah ini, cuti Raya Cina 2012 yang lalu, kami ada singgah di rumah beliau bagi sumbangan beras gula kopi serba sikit. Bila dia dapat beras sekampit pertama yang kawan-kawan bawa turun dari kereta saya tu, terus Kakak ini cakap: “ALHAMDULILLAH – HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI” Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira. Tak sangka - ada orang menangis bila dapat beras! Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Walaupun kalian semua tidak mengenali kakak ini dan juga watak-watak lain dalam coretan saya ini, tapi percayalah mereka semua adalah SANAK SAUDARA kita, yang dihubungkan secara ghaib melalui kalimah SYAHADAH yang ada di dada-dada kita. Maka itu, kalau ada masa, mai lah join team kami, NGO WARGAKILANG yang baru belajar nak bertapak di Pantai Timur ini – maghi lah bersama sama kami berkumpul di parking lot Masjid Geliga, Kemaman seawal jam 8.00 pagi, Sabtu 28 Julai 2012. Bawalah apa yang ada, insyaallah jika diizinNya kita akan membawa sumbangan untuk 20 keluarga. Moga kerja buat kita untuk memberi kebaikan kepada orang lain ini akan dicatakan sebagai pahala kebaikan daripada Allah SWT untuk kita semua. Terima Kasih. 24.7.12 Admin: Menitis air mata penulis membaca kisah fakir miskin. Sesungguhnya kemiskinan itu sangat hampir dengan kekufuran jika ilmu agama kosong. Bantulah wahai sahabatku sekian. Selamatkan sahabat kita daripada kemiskinan.

Tuesday, July 17, 2012

8 kali Ibu berbohong?

8 kali Ibu berbohong? Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Sayang ibu.

Monday, July 16, 2012

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

ORANG ramai dan pasukan penyelamat melihat mayat-mayat mangsa yang rentung berikutan sebuah lori tangki yang membawa minyak terbakar dan meletup. 100 rentung cuba cedok minyak tumpah PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api. Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur. "Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju. Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada. Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat. Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak Admin: Rakyat Malaysia pun lebih kurang jugak perangai macam ini.

Wednesday, July 11, 2012

Basikal: Terengganu cipta hatrik

BARISAN pelumba Terengganu yang memenangi pingat emas acara ujian masa berpasukan sejauh 80 kilometer pada Sukma ke-15 semalam. Pelumba basikal Terengganu melakar hatrik apabila meraih pingat emas dalam acara ujian masa berpasukan lelaki semalam. Pada perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Klinik Kesihatan Temerloh itu, Terengganu yang dibarisi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri, Muhammad Khairul Azizi Abdulladan dan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri merakamkan masa 1 jam 34:38.909 saat. Ia merupakan kejayaan ketiga berturut- turut buat skuad Terengganu selepas mereka meraih emas pada temasya 2008 di Terengganu dan edisi 2010 di Melaka. Jurulatih Terengganu, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan menjadi individu paling gembira selepas melihat kejayaan anak- anak buahnya itu. Menurut Syed Mohd. Husaini, kejayaan itu dicapai apabila setiap pelumba memberikan fokus berdasarkan latihan yang dijalani sebelum ini. "Sebelum menghadapi Sukma di Pahang, para pelumba telah menjalani latihan selama lima bulan sebelum saya memberikan tumpuan di laluan perlumbaan sebenar selama dua minggu. "Berdasarkan latihan itu, kami membuat post-mortem bagi mengenal pasti kelema- han sebelum menghadapi perlumbaan sebenar," kata Syed Mohd. Husaini. Pingat perak acara itu dimenangi Negeri Sembilan yang terdiri daripada Mohd. Ekbar Zaman Huri, Amirul Anuar Jafri, Abdul Rashid Ibrahim dan Mohamad Fairet Rusli dengan catatan masa 1 jam 39:12:797s. Brunei yang dibarisi Azmi Abd Hadzid, Ahmad Rifa'ie Johor, Muhammad I'maadi Abd. Aziz dan Muhd. Syazwi Azhar Muhd. Hairolrani meraih pingat gangsa dengan catatan masa 1:40:53:516s. Dalam pada itu, barisan pelumba Pahang terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat perak apabila penyertaan mereka dibatalkan gara-gara memasuki laluan yang salah. Pengurus pertandingan acara berbasikal Sukma ke-15 Pahang, Aminudin Sulaiman berkata, akibat kesilapan tersebut pelumba-pelumba Pahang terpaksa melalui jarak laluan 800 meter lebih jauh daripada laluan asal. "Masalah itu berpunca daripada kekeli- ruan yang ditimbulkan pegawai bertugas di simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Perang. "Kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu meranapkan impian pasukan Pahang bagi merebut sekurang-kurangnya pi- ngat perak," kata Aminudin.

Wednesday, June 20, 2012

Dapat diskaun 60 sen

Dua tiga hari lepas, saya pegi beli ayam di satu tempat. Sebaik saja saya sampai, sampai juga seorang perempuan dalam usia 20-an atau 30-an, nak beli ayam juga. Saya biarkan dia oder dulu. Dia beli ayam seekor dan selepas timbang harganya RM 11.60. Lelaki tu potong ayam dan saya tunggu. Masa perempuan tu nak bayar, dia kata RM 11.00 saja, maknanya diskaun 60 sen. Giliran saya pula oder 2 ekor ayam dan bila ditimbang, meter timbang menunjukkan RM 22.98. Dia kata RM 23.00, saya diam saja. Lepas tu dia potong ayam dan lepas potong, saya tanya sekali lagi, berapa harga ayam tu. Dia kata RM 23.00 dan saya bayar. Kenapa ? Kenapa jadi begitu yer ? Perempuan tadi beli seekor ayam, dapat diskaun 60 sen. Tapi saya beli 2 ekor ayam, tak ada diskaun pun. Masa dia potong ayam tadi, saya fikir juga, mungkin dia akan beri saya diskaun lebih lagi, rupanya tak. Lagi satu, kalau nak beri diskaun pada perempuan tu pun, janganlah nampakkan pada saya. Tapi memang nampak dan saya ada kat situ sejak mula timbang lagi. Satu lagi, kalau nak jaga hati saya, patut dia kasi saya diskaun juga. Macam-macam gelagat peniaga yer...

Sunday, June 17, 2012

Berbunga kasih ibu dihari bapa:

Dia dibesarkan oleh ibunya bersama adik beradiknya seramai 7 orang, ayahnya meninggal dunia ketika usianya 4 tahun, kerana itu dia seperti tak pernah merasai kasih sayang seorang ayah, kerana belum lagi ia mengerti tentang kehidupan, bapanya terlebih dahulu dijemput oleh Allah SWT. Ia membesar dengan kasih sayang ibunya semata-mata disamping adik -beradiknya. Ketika ayahnya meninggal abang -abang dan kakak-kakanya masih bersekolah, dia sekeluarga menumpang disebuah rumah tinggal dan usang. Hidup didalam keluarga miskin, kerana sumber rezeki keluarganya hanya dari pendapatan ibunya yang bekerja mengambil upah membasuh kain dirumah orang. Cubalah bayangkan dengan kudrat seorang ibu dia dan adik-beradik membesar dan bersekolah, sudah pasti dia terpaksa menjalani kehidupan yang sangat daif. hanya mampu mendengar bila kawan-kawannya bercerita tentang cerita2 dari siaran TV, kerana rumahnya jangankan TV, lektrik pun takde, dia hanya mampu melihat bila kawan-kawan berpakaian cantik sedangkan dia pada hari raya pun kadangkala terpaksa pakai pakaian sekolah, kerana itulah yang terbaik, hanya melihat sahaja basikal kawan2 melintasinya ketika dia kesekolah, kerana dia hanya mampu berjalan kaki, miskinnya dia. Setiap hari dia melihat pengorbanan ibunya yang sanggup tidak berkahwin walaupun baru berusia 35 tahun ketika kematian bapanya, alasannya kerana sayang kepada anak , takut nak kawin bimbang anak-anak diapa-apakan, lalu ibunya sanggup hidup dengan penuh penderitaan. Dia telah merasai hidup susah, hidup miskin. Bukan mudah untuk merasai keperitan hidup miskin kecuali apabila telah merasainya. Bukan senang untuk menjiwai kesedihan anak yatim, kecuali apabila telah merasainya. Tidak ada ibu kecuali ibunya, tidak ada bapa kecuali ibunya, tidak ada pengasuh kecuali ibunya, tidak ada pembimbing kecuali ibunya, Ibulah segala-galanya, kerana ia tidak pernah sempat mengerti tentang kasih seorang ayah. Kerana itu apabila tiba sambutan hari ibu, saya sentiasa teringatkan pengorbanan ibu saya, apabila tiba sambutan hari bapa, saya tetap teringatkan pengorbanan ibu saya. Sebab hidup saya hanya diselimuti kasih sayang seorang ibu, dari kecil sehingga kini. Saya katakan begitu kerana 'dia' adalah saya.

Saturday, May 12, 2012

Kisah Bayi Kembar - joke Hari Jururawat

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka… Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” … “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang. “Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira. Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?” Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Thursday, April 19, 2012

Wanita rebah 20 kali sehari


KELLY bersama anak lelakinya, Ronnie. Gambar kanan, Kelly terlelap secara tiba-tiba ketika duduk di sofa.

ASHFORD (Kent): Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu dia rebah setiap kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak lelakinya.
Kelly Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan rebah. Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah, sayang.

Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap. Dia sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. Kelly mengalami hingga 20 serangan cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu atau adik lelaki di sampingnya setiap masa seandainya dia rebah. Kelly juga mengalami keadaan berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang bermakna dia akan terlelap sepanjang hari, tanpa mengira apa yang sedang dilakukannya.
Kelly yang berasal dari Ashford, Kent berkata: “Saya tidak dapat menghitung berapa kali saya terlelap ketika makan malam. Malah, saya tidak boleh berkunjung ke restoran dengan teman lelaki kerana bimbang saya akan tersengguk di meja makan. Ia pasti memalukan.

“Pernah sekali, saya mendapat serangan cataplexy di pasar raya dan kemudian beberapa kali lagi. Saya mungkin mendapat serangan 20 kali dan saya rasa mungkin orang ramai memikirkan saya mengambil dadah atau mabuk. Setiap kali saya berdiri, saya rebah lagi.

“Ketika saya mendapat serangan saya boleh melihat dan mendengar tetapi saya tidak dapat bergerak atau bertutur langsung. Ia boleh hilang beberapa saat atau ia mungkin berakhir selama sejam,” katanya. - DM

Tuesday, April 3, 2012

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya...


Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.
Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.
Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

Admin: SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Wednesday, March 14, 2012

KASIH SUAMI


ISTERI : abang apa kata malam ini kita tak payah tidur bersama.. abang tidur luar, ayang tidur dalam bilik
SUAMI : kenapa sayang..
ISTERI : ha.. ayang ada 1 permainan, ayang catatkan semua keburukan abang sebanyak mungkin dan abang pun catatkn tentang keburukan ayang sebanyak mungkin!esok pagi kita baca balik tentang apa yang kita dah tulis itu..
SUAMI : ok..
… malam itu si isteri senaraikan tentang keburukan suami dia sampai tak tidur.. suami dia di ruang tamu pun tak tidr…hingga ke pagi waktu sarapan,,
ISTERI : ha, macam mana, siapa nak mulakan dulu???
SUAMI : ayang dulu mulakan..
ISTERI : ok abang dengar tau, (sambil mengeluarkan 2,3 helai kertas yang dicatat nya malam tadi)
ISTERI : abang tak romentik… abg tak pandai pujuk.. abang bla bla bla.. bla bla bla.. ok dah, skang abg plak..!
SUAMI : (dia mengeluarkan 3,4 helai kertas yg kosong…) abang mntak maaf… tiada apa yang abang dapat senaraikn tentang keburukan ayang.. sebab abang terima ayang seadanya.. dan sgala kburukan ayang abang sentiasa maafkan.. dan abang mntak maaf kalau abang tak sempurna di mata ayang…
si isteri tergamam dan air mata jatuh berlinangan,,, terus dia peluk dan mmohon ampun pd suami nya.. die mnyesal,, kerana telah melukakan hati suami nya.. dia juga sedar dan brsyukur.. bahawa suami nya adalah insan yang terbaik yang telah dianugerah oleh Nya….