Sunday, September 5, 2010

TAZKIRAH RAMADAN

PUASA adalah satu ibadah yang unik dan berlainan daripada ibadah-ibadah yang lain.

“Jika kita menunaikan solat, zakat, haji dan sebagainya, ibadah kita itu diketahui orang lain. “Bagaimanapun ibadah puasa yang kita lakukan tidak diketahui manusia. Orang lain tidak akan tahu sama ada kita benar-benar berpuasa ataupun tidak. Ia hanyalah urusan kita dengan Allah SWT.

“Ini menunjukkan bahawa puasa adalah ibadah yang mampu membentuk integriti manusia. Ia membentuk sifat jujur dan ikhlas insan.

“Kita sebagai umat Islam diseru supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk membentuk sasiah yang baik di semua bidang kehidupan dengan mengamalkan sifat jujur, ikhlas dan amanah.

“Itulah antara pengajaran penting yang kita perolehi daripada ibadah puasa”.

No comments:

Post a Comment