Wednesday, May 18, 2011

Ganjaran istimewa menanti Sang Penyu


KERAJAAN Negeri bakal menghadiahkan ‘sesuatu’ kepada pasukan bola sepak Terengganu jika berjaya membawa pulang Piala FA pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung 11 Jun ini menentang jaguh pantai timur Kelantan.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, enggan mendedahkan bentuk ganjaran yang bakal diberikan kepada skuad Penyu itu jika berjaya merealisasikan hasrat berkenaan.

“Kerajaan Negeri akan mengkaji bentuk ganjaran yang akan diberikan kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu dan ia pastinya sesuatu yang mempunyai nilai tambah dan memberikan kepentingan kepada masa depan pemain nanti.

“Sehubungan itu, saya berharap Irfan Bakti (jurulatih) mampu memperta jamkan jentera serangan untuk menghadapi perlawanan akhir nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan bola sepak membabitkan Terengganu dan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

No comments:

Post a Comment