Saturday, March 3, 2012

‘Terima kasih abang’


KEJAYAAN pelumba pasukan Terengganu Pro Asia (TSG), Mohd. Harrif Salleh muncul naib juara pada perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 semalam dianggap satu keputusan yang membanggakan.
Ia merupakan pencapaian terbaik bagi pelumba Malaysia pada saingan LTdL 2012 setakat ini.
Bagaimanapun, kejayaan penuh bermakna itu tidak akan dicapai jika Harrif tidak mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukannya terutama abangnya, Zamri.
“Saya bersyukur dan puas hati dengan pencapaian hari ini (semalam). Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan terutama abang saya (Zamri),” kata Harrif semalam.
Pada perlumbaan dari Pekan ke Chukai, Terengganu sejauh 100.8 kilometer semalam, Harrif terpaksa akur dengan kehebatan pelumba sensasi Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang muncul juara.
Kejayaan muncul naib juara semalam menyaksikan Harrif menaiki podium buat kali kedua pada LTdL 2012 selepas dia menduduki tempat ketiga dalam peringkat keempat dari Batu Pahat ke Muar Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment