Saturday, August 28, 2010

IHYA RAMADAN

KEGHAIRAHAN di awal Ramadan sangat menyeronokkan, bila mana surau dan masjid dipenuhi pelbagai golongan bagi mendirikan solat Tarawih. Hal ini perlu dikekalkan sehingga penghujung Ramadan.

Namun yang biasa kita lihat semakin hujung Ramadan, semakin berkurangan jemaah sedangkan di akhir Ramadan dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka. Persoalan bagaimana untuk istiqamah. Maka empat jalan yang disarankan;

1. Lakukan amal ibadah secara sederhana, ringan tetapi berkekalan. Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan.

2. Memikirkan banyaknya kesalahan dan dosa dengan Allah, yang menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadah dan bertaubat dari dosa tersebut.

3. Semua keberkatan, rahmat dan keampunan yang ada dalam bulan Ramadan akan berakhir, maka kita mesti mengambil peluang ini sebelum ianya berakhir.

4. Mungkin Ramadan ini adalah terakhir dalam kehidupan kita, maka kita mesti mengambil kesempatan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment