Tuesday, June 1, 2010

Taklimat Mystery Drive 4hb. & 5hb. Jun 2010

Taklimat Mystery Drive 4hb. & 5hb. Jun 2010

Pada jam 3 petang di dewan Pusat Latihan Perwaja Steel Kemaman, majlis penerangan Mystery Drive 2010 disampaikan oleh Encik Abd. Hadi Hj. Muhammad selaku Presiden KESUREP dan juga merangkap Pengerusi penganjuran Mystery Drive 2010. Turut hadir semua AJK KESUREP dan peserta yang mengambil bahagian. Pada tahun 2008 hanya 54 buah kereta sahaja yang berjaya menyertai program ini. Tetapi pada kali ini 119 buah telah didaftarkan untuk menyertainya.

Objektif

Penganjuran Mystery Drive oleh KESUREP bukanlah perkara baru, walaupun begitu penekanan silaturahim sentiasa dipupuk agar subur antara pekerja sesama pekerja dan juga dengan pihak pengurusan syarikat. Apatah lagi kesudian VIP syarikat untuk sama-sama datang bagi menyerikan majlis pada kali ini.

Jarak Perjalanan

Jarak perjalanan daripada Daerah Kemaman ke Tiara Beach Resort ialah 415km ataupun 4 jam setengah secara normalnya. Tetapi untuk program ini masa yang diberi 10 jam untuk sampai ke Tiara Beach Resort Port Dickson di Negeri Sembilan. Disebabkan program ini hari Jumaat pihak penganjur mengajak peserta untuk singgah sembahyang Jumaat di masjid persimpangan Kelang ataupun Setapak. Sembahyang Jumaat adalah perkara wajib bagi orang Islam.

Waktu Berlepas

Pelepasan akan dilakukan oleh Encik Amdillah Abdullah pada 4hb.Jun 2010 jam 8 pagi di hadapan Pejabat PFcE Kemaman.

Keselamatan

Program ini bukanlah untuk mencari siapa paling cepat sampai atau pemandu yang paling laju. Tetapi program ini menganjurkan suasana riadah keluarga. Jadi setiap peserta mestilah mematuhi undang-undang jalan raya. Sebarang kesulitan hendaklah berhubung terus dengan AJK. Oleh itu nombor telepon AJK sangat penting dan hendaklah disimpan oleh peserta sepanjang program ini.

Soalan

Dalam Mystery Drive 2010 sebanyak 45 soalan subjektif dan 5 soalan harta karun. Bagi soalan sepanjang lebuhraya ianya hanya ada pada tempat Hentian Rehat sahaja. Baca betul-betul dan kemudian faham kehendak soalan. Soalan dan tulip amat penting bagi peserta untuk sampai ke Tiara Beach Resort. Sekiranya peserta tidak faham kehendak kilometer dan tulip, peserta akan berjumpa “Buah Langsat di Padang Nenas”. Oleh itu peserta disarankan jangan malu bertanya dan jangan kendekut menggunakan perkhidmatan telepon bimbit.

Check in Penginapan

Walaupun peserta sampai awal, tetapi check in hanya dibuka pada jam 3 petang pada 4hb. Jun 2010 (Jumaat). Bagi check out pada 5hb. Jun 2010 jam 12 tengahari.

No comments:

Post a Comment