Monday, July 12, 2010

SUDUT KESIHATAN

BUASIR

Derita Buasir

Lewat Dirawat Membawa Barah
Tanda-Tanda Buasir

- Bisul kecil di keliling dubur
- Najis keras
- Adakala keluar darah
- Daging terlebih keluar di permukaan dubur
- Nanah dan lender
- Selalu mengalami kembung perut
- Sendawa terlalu banyak

Penyakit Berakhir…

Seorang pesakit wanita menghadapi masalah Buasir yang kronik selama hamper 16 tahun, telah mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM100,000.00 untuk mencuba pelbagai kaedah perubatan bagi merawat sakit yang dideritainya sekian lama.

Pesakit tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah berusia 43 tahun, berkata telah banyak kaedah perawatan yang dicuba, samada doktor pakar hospital swasta, rawatan tradisional Cina atau sinseh serta rawatan tradisional orang Melayu. Namun semuanya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif kepada sakit buasir yang dihadapinya.

Menurut Sharifah lagi doktor pakar yang merawatnya berkata Buasir yang dihadapinya melibatkan luka di dalam usus atau rectum. Antara penderitaan yang harus dilalui hamper setiap hari ialah berlaku pendarahan yang teruk setiap kali beliau harus ke tandas.

Najis yang keluar dari dubur beliau kerap bercampur darah dan merintis-rintis. Lebih terseksa ialah waktu yang dihabiskan di tandas agak lama kerana kesakitan yang terpaksa ditanggung setiap kali membunag air besar, mengakibatkan dubur menjadi pedih.

Beliau bukan sekadar menahan sakit di usus atau dubur tetapi bahagian pinggang dan seluruh badan turut menjadi lemah dan tidak bermaya.

Perut beliau juga turut mengalami kesakitan. Ini menyebabkan banyak kegiatan dan aktiviti harian sebagai suri rumah terjejas dan terbatas.

“Akibat penderitaan ini, saya akan mengikut sahaja pendapat kawan-kawan yang mencadangkan bermacam-macam kaedah rawatan. Dan tidak kedekut untuk mengeluarkan belanja besar untuk menyembuhkan sakit yang saya derita”, ujar Sharifah lagi.

Malah menurut Sharifah, seorang doktor pakar pernah mencadangkan agar beliau menjalani pembedahan, tetapi beliau agak keberatan kerana menerima nasihat untuk tidak berbuat demikian kerana rawatan pembedahan tidak dapat menyelesaikan masalah buasir secara kekal.

“Alhamdulillah, pada suatu hari saya ada terbaca dalam sebuah akhbar yang menyebut terdapat kaedah rawatan Buasir yang tidak memerlukan kepada pembedahan dan mampu merawat Buasir dalam tempoh tiga bulan sahaja dengan syarat pesakit mematuhi proses rawatan secara betul”, terang Sharifah.

Sharifah tanpa berlengah mengambil keputusan untuk mencuba kaedah avurvedik yang ditawarkan. Berdasarkan nasihat yang diberkan, Sharifah terus mengamalkan kaedah berpantang serta juga ubatan herba yang perlu diambil. Diperingkat awal lagi, beliau telah merasai perubahan.

Beliau tidak lagi sakit di mana-mana bahagian tubuh dan dubur tidak lagi merasai pedih apabila menbuang air besar. Amalan sebagai seorang “Vegetarian” memberikan banyak perubahan kepada kesihatan badan saya serta berjaya merawat Buasir yang ditanggung.

“Saya tidak lagi merasai sakit ketika ke tandas. Ini adalah hasil kesabaran saya mengamalkan pantang larang serta ubat herba yang diambil.

Semoga lain-lain pesakit Buasir akan berani mengambil langkah untuk mencuba rawantan AVURVEDIK ini yang ternyata merubah hidup saya”, nasihat Sharifah kepada pesakit-pesakit Buasir lain.

Dapatkan Rawatan Segera:

- Tanpa pembedahan
- Ubatan herba
- Tiada kesan sampingan
- Boleh untuk ibu hamil


Hubungi Pakar Buasir:

03 – 40421759
016 – 2238432 (Johi)
Sms tidak layan

No comments:

Post a Comment