Monday, July 12, 2010

DARI DAPUR

RESIPI BERASAP

Nikmati Hidangan lazat Tanpa Trauma Gigi Sesnsitif

INILAH cara mudah untuk mendapat lebih perisa terutama jika anda peminat tom yam Thai jati :

Tom Yam Goong
(Tom Yam Udang)

500g udang basah
1 sudu besar minyak masak
2 liter air
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar pati asam jawa
Atau 1 tangkai serai yang dipotong dan ditumbuk sedikit
2 camca kunyit hidup yang dikisar
1 camca the cili merah dipotong
4-8 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau nipis
2 camca gula perang halus
¼ cawan daun ketumbar

Cara-cara menyediakannya:

1. Kupas kulit dan kepala udang dan buangkan uratnya, tinggalkan hanya ekor udang.
2. panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kulit dan kepala udang dan masak selama 10 minit dengan api yang sederhana. Kacau kulit dan kepala udang sehingga ia bertukar menjadi jingga pekat.
3. tambahkan adunan kari dan 1 cawan air ke dalam kuali.
4. didih untuk selama 5 minit sehingga paras air kurang sedikit. Tambahkan baki air dan reneh untuk 20 minit. Tapis stok dan buangkan kulit dan kepala udang.
5. masukkan semula stok udang ke dalam kuali.
6. masukkan pati asam jawa/serai,kunyit, cili dan daun limau purut. Panaskan sehingga mendidih dan masak selama 2 minit.
7. tambahkan udang yang dikupas dan masak selama 5 minit atau sehingga udang bertukar merah jambu.
8. masukkan sos ikan, jus limau, gula dan kacau seketika.
9. akhir sekali, hidangkan masakan dan taburkan daun ketumbar ke dalam tom yam yang masih panas.

Tarik nafas dan nikmatilah keenakkan tom yam panas itu. Awas, jika ‘Aduh’, anda mungkin menpunyai ‘gigi sensitif’, iaitu nama yang agak lembut bagi keadaan sungguh menyakitkan.

No comments:

Post a Comment