Sunday, July 18, 2010

SUDUT KESIHATAN

Ketahui Tanda Jika Anda lelaki Sihat

Adakah anda ingin mengetahui tanda-tanda tubuh yang sihat. Selama ini kita banyak membaca tentang penyakit dan gejalanya. Kali ini kita berkongsi info dengan pembaca tanda-tanda anda memiliki tubuh yang sihat.

Warna Kuku Merah Muda

Warna kuku biasanya menjadi penanda kesihatan yang paling mudah dilihat. Secara umum, orang yang sihat memiliki warna kuku merah muda (pink), kuat dan lembut. Oleh kerana itu, tidak ada salahnya jika anda merasa khuatir jika melihat perubahan pada warna kuku.
Kuku yang berwarna kekuningan dan pertumbuhan yang lambat menjadi indikasi adanya penyakit berkaitan pernafasan. Sementara itu kuku yang berlekuk perlu dicurgai kerana mungkin ada sebarang penyakit. Kekurangan zat gizi tertentu, seperti zat besi juga boleh menyebabkan perubahan pada warna kuku.

Warna Urin kuning Muda

Pada umumnya warna urin yang normal sangat bervariasi, bergantung pada banyaknya jumlah air yang kita minum. Bila anda minum air yang banyak, warna urin biasanya lebih bening. Sebaliknya bila tubuh kita dehidrasi atau kurang air, warna urin akan menjadi lebih gelap.
Selain warna, perhatikan juga perubahan lain dari urin. Misalnya bau yang menyengat atau perubahan warna menjadi kemerahan. Anda harus segera berjumpa doktor jika anda menemui sebarang kelainan.
Menghasilkan sekitar satu sendok teh cairan mani. Seorang lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan cairan mani sebanyak 2 – 5 ml semen ketika berejakulasi. Seiring bertambahnya umur, produksi semen akan berkurangan namum bila semen yang dihasilkan kurang dari 2 ml, hal ini menjadi tanda hyperspermia yang boleh memengaruhi kesuburan lelaki.
Selain amnya, warna cairan mani juga menjadi tanda kesihatan. Lelaki yang sihat memiliki warna cairan mani putih atau keabu-abuan dan pekat. Sekiranya cairan mani yang disertai darah atau terlalu cair anda perlulah berjumpa doktor secepat yang mungkin.

Denyut Jantung 70bpm

Denyut jantung ketika beristirehat (resting heart rate /RHR) adalah indicator yang baik untuk kadar fitness seseorang. Meskipun RHR sangat bervariasi bergantung pada usia. Namum pada lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan dua jari tangan di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kalikan angka ini untuk mendapatkan nilai per minitnya.

Jenis Kulit

Ketegangan kulit biasanya merupakan salah satu cara untuk menilai kadar dehidrasi seseorang. Kulit yang sihat elastic dan kembali normal bila dicubit. Sebaliknya, kulit yang dehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit.

Rujukan: www.inhealthbeauty.com

No comments:

Post a Comment