Sunday, July 18, 2010

BIRO AGAMA

Apakah membebani mu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isteri mu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?! Apakah membebani mu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isteri mu?! Apakah menyulitkan mu wahai hamba Allah, untuk merangkul isteri mu, mencium pipinya serta ber*****bu disaat anda menghampiri dirinya?! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isteri mu, agar anda mendapat pahala?! Apakah termasuk susah, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?! Apa yang membebani mu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasih mu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isteri mu di saat anda masuk rumah! Apakah memberatkan mu, jika anda menuturkan kepada isteri mu di saat masuk rumah : "Duhai kekasih ku, semenjak Kanda keluar dari sisi mu, dari pagi sam pai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah". Apakah melelahkan mu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteri ku dan berkatilah daku pada dirinya". * Ucapan baik adalah sedekah. * Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah. * Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan. * Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa. * Berhubungan badan mendapatkan pahala.

KETAHUILAH WAHAI WANITA
1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suami mu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suami mu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepa da suami mu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suami mu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suami mu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suami mu redha kepada mu, maka syurgalah tempat mu.

No comments:

Post a Comment