Saturday, July 31, 2010

BIRO AGAMA - TAZKIRAH SEMINIT

4 org lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat
akan menarik empat golongan lelaki bersamanya
ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita, tetapi sebaliknya iaitu
supaya kaum lelaki memainkan peranannya
dengan hak & saksama serta berwaspada akan
tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. dia tidak memberikan segala keperluan
agama seperti mengajar solat, mengaji &
sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup
kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.


2. Suaminya Apabila sang suami tidak
memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk
suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan
mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya.


3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah
tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran
ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.


4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram
dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran
pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita
bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU
SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA
BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN
DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan
SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk
syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid)
dengan itu janganlah kita membuang atau tidak
mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT
berikan pada kita).

No comments:

Post a Comment